Skip to main content

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM @ SoCE USM

Tahniah kerana terpilih ke SoCE

banner tahniah v2

Tahniah kepada calon yang terpilih untuk mengikuti program Kejuruteraan Awam di USM bagi Sidang Akademik 2020/2021

Program Kejuruteraan Awam memberi penekanan kepada Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Geoteknik, Kejuruteraan Sumber Air, Kejuruteraan Pengangkutan & Lebuhraya, Kejuruteraan Struktur dan Geomatik Kejuruteraan serta Pengurusan.

Jurutera Awam adalah golongan profesional yang kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah dan membentuk masa depan yang lebih mampan. Jurutera Awam merancang dan membina bangunan, jambatan, jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan, lapangan terbang, empangan, loji kuasa, struktur bawah tanah, loji rawatan air dan sebagainya. 

Pusat Pengajian ini secara rasmi mengamalkan sistem Pendidikan Berasaskan Hasil / Outcome Based Education (OBE) sejak sesi akademik 2006/2007 untuk memenuhi keperluan Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) bagi program sarjana muda kejuruteraan di Malaysia. Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Awam) telah dianugerahkan akreditasi penuh selama 5 tahun dari tahun 2014 hingga 2018. Dalam program akreditasi kitaran terbaru terkini, program ini telah diberikan akreditasi selama enam tahun oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dari 2019-2024.