Selisih rawak (random error)

Selisih jenis ini berlaku disebabkan oleh keadaan cuaca dan fizikal. kesan selisih ini adalah kecil dan sentiasa pampas (compensatory).

Kesan angin dan suhu

Kestabilan alat aras akan terjejas dan ini mengakibatkan  ketinggian kolimatan berubah.

Tanah lembut dan keras

Apabila alat diset di atas tapak yang lembut, kemungkinan ia akan terbenam sedikit apabila pencerap kerap mengelilingi alat. Ini akan menyebabkan perubahan kepada garis kolimatan.

Titik-titik alih

Pada mana-mana titik alih, staf hendaklah didirikan diatas titik yang sama bagi pandangan depan dan belakang. Titik yang tetap mestilah dipilih dan ditanda dengan kapur. Bagi tapak lembut, plat titik alih perlu digunakan.

Kelembapan pencerap

Selisih jenis ini timbul apabila menganggar bacaan milimeter pada staf, lebih-lebih lagi apabila penglihatan tidak jelas atau jarak cerapan terlalu jauh.