![]() |
Salah membaca Staf |
Membaca nilai meter yang salah, contohnya titik perpuluhan diletakkan di tempat yang salah
![]() |
Menggunakan bebenang yang salah |
Membaca nilai staf pada bebenang yang salah. Ini kerana terdapat 3 bebenang dalam medan
diafram; bebenang atas, tengah dan bawah. Kekeliruan sering berlaku ketika penglihatan kurang jelas
![]() |
Kesilapan membuku |
Pertukaran nilai bacaan sering berlaku khususnya dalam keadaan gopoh gapah. Contohnya, bacaan 3.021
dibaca 3.201.
![]() |
Tertinggal data atau tersilap ruangan semasa membuku |
Bacaan staf dimasukkan dalam ruangan atau baris yang salah, ataupun bacaan tertinggal.
![]() |
Aras spirit tidak laras |
Bacaan diambil semasa aras spirit tidak benar-benar laras.