DEFINISI
Ukur aras boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk menentukan ketinggian beberapa titik secara relatif di antara satu sama lain dengan merujuk kepada satu datum atau aras rujukan.
Prinsip ukur aras boleh dijelaskan menggunakan analogi kerusi, meja dan siling seperti rajah berikut:
Rajah 1
![]() |
Ketinggian kerusi dari aras lantai boleh di tentukan dengan menggunakan satu pembaris.(0.450m) |
![]() |
Ketinggian meja dari aras lantai juga boleh ditentukan.(0.750m) |
![]() |
Ketinggian siling dari aras lantai pula ialah 2.750m. |
Nilai bagi ketinggian ketiga-tiga objek di atas ditentukan dengan menggunakan aras lantai sebagai datum. Datum merupakan satu aras permukaan yang mana semua pengukuran akan dirujuk.
Perbezaan aras ketiga-tiga objek ini
boleh juga ditentukan dengan menggunakan cara lain. Jika sebuah aras
spirit dipegang pada aras penglihatan mata, katakan 1.500m, dan satah ufuk aras
spirit tadi dipanjangkan sehingga meliputi meja, satu satah akan melintasi
pembaris yang didirikan di atas meja secara pugak pada ketinggian 0.750m.
Berdasarkan analogi ini, prinsip kerja ukur aras dapat dijelaskan. Dalam
ukur aras, penggunaan pembaris digantikan dengan staf aras manakala aras spirit
pula digantikan dengan sebuah alat ukur yang dinamakan alat aras. Sejenis aras
spirit diletakkan dibahagian teropong alat aras yang didirikan secara menegak di
atas kaki tiga atau tripod.
Rajah 1 tadi boleh digambarkan dengan rajah 2 di mana kedudukan kerusi dan meja tadi digantikan dengan dua titik ukur yang berada atas permukaan bumi.
Rajah 2
Apa yang boleh dilihat ialah ketinggian titik A di atas datum bersamaan dengan 1.500 - 0.750 = 0.750m manakala ketinggian titik C di atas datum ialah 1.500 - 1.050 = 0.450m. Dalam kes ini, datum ialah satu satah ufuk yang merentasi di atas piket di stesen B.