Paksi pugak mestilah benar-benar pugak apabila aras spirit memusat.

Ujian

  1. Setkan alat aras dan laraskan gelembung apabila ia berada selari dengan dua skru pelarasan.Jika alat tidak berada dalam pelarasan yang baik,paksi pugak dengan aras spirit akan mewujudkan selisih kecondongan e wujud.
  2. Putarkan teropong sebanyak 900 dan dengan hanya menggunakan skru pelarasan yang ketiga, bawakan gelembung ke tengah tiub.

Secarateori, gelembung akan berada di tengah-tengah tiub apabila teropong diputar ke mana-mana hala. Tetapi ini jarang berlaku dan biasanya pencerap akan meneruskan ujian seperti berikut:

 

  1. Ulangi langkah pertama iaitu (a) dan diikuti denagn langkah kedua iaitu (b) di atas.
  2. Putarkan teropong sehiongga ia berada 1800 dari kedudukan (a). Paksi pugak masih lagi condong sebanyak e dan  gelembung aras spirit tidak lagi memusat. Malah ia akan condong ke ufuk  pada sudut 2e. Jumlah bahagian n Di mana gelembung telah lari dari pusat dicatatkan.

 

Pelarasan

  1. Putarkan skru pelarasan sehingga gelembung bergerak kembali ke arah pusat sebanyak n/2 bahagian iaitu sebanyak separuh dari selisih. Paksi pugak kini benar-benar pugak.
  2. Laraskan aras spirit dengan menggunakan skru kapstan dan menaik atau menurunkan salah satu hujung aras spirit sehinggga gelembung benar-benar memusat. Separuh lagi selisih iaitu n/2 akan dihapuskan dan paksi aras spirit akan bersudut tepat dengan paksi pugak.