![]() |
Datum Datum adalah sebarang permukaan aras anggapan, di mana kepadanya segala ukuran-ukuran tinggi bagi titik-titik diatas permukaan bumi boleh dirujuk |
![]() |
Aras
laras Aras laras bagi sesuatu titik adalah ketinggian (ukuran tinggi) baginya yang telah diukur dengan merujuk kepada suatu permukaan aras tetap dikenali sebagai datum atau aras kiraan untuk sesuatu titik, sama ada ianya berada di sebelah atas atau bawah datum yang telah dipilih. |
![]() |
Batu
Aras Batu aras adalah suatu titik rujukan tetap yang terletak di atas permukaan bumi, di mana arasnya telah diketahui nilai ukuran tingginya dengan dirujuk kepada datum tertentu. |
![]() |
Pandangan
Belakang Pandangan belakang ini adalah pandangan pertama yang diambil setelah didirisiapkan alat aras pada satu-satu kedudukan ataupun ianya merupakan bacaan staf yang diambil di atas satu titik yang diketahui ukuran tingginya. |
![]() |
Pandangan
Hadapan Pandangan hadapan adalah pandangan terakhir yang diambil sebelum dipindahkan alat aras kepada kedudukan titik yang lain. |
![]() |
Pandangan
antara Pandangan antara merupakan bacaan-bacaan staf yang diambil pada titik-titik antara yang terletak di antara pandangan belakang dan pandangan hadapan supaya dapat mengumpulkan butir-butir yang dikehendaki, misalnya ukuran tinggi yang ditambah. |
![]() |
Titik
pindah Titik pindah ialah satu titik di mana padanya, kedua-dua pandangan, iaitu mula diambil pandangan hadapan dan kemudiannya dibuat pula pandangan belakang. |