Selisih ini berlaku disebabkan oleh kecacatan alatan dan kesannya (positif atau negatif) adalah sentiasa sama. Antara lain sumber-sumber selisih jenis ini adalah seperti berikut.
![]() |
Ketidakpugakan staf |
Ini merupakan sumber selisih yang amat serius. Staf tidak didirikan secara menegak tetapi condong ke depan atau ke belakang.
![]() |
Selisih kolimatan dalam alat aras |
Bagi sebuah alat aras yang dilaras dengan baik, garis pandangan atau kolimatan mestilah benar-benar ufuk apabila gelembung memusat. Jika keadaan ini tidak berlaku, bacaan staf adalah salah.
![]() |
Selisih senggatan staf |
Selisih ini sering berlaku tanpa disedari, lebih-lebih lagi apabila mahu menukar bacaan staf lama (imperial) ke bacaan baru dalam metrik dengan menampal senggatan metrik di permukaan staf yang sama.