TINJAUAN

 

 
 
  • Seluruh kawasan ukur perlu dilawati dan ditinjau untuk mendapatkan gambaran kasar kawasan tersebut. Kajian keatas pelan dan maklumat ukur yang lepas juga perlu dikaji.
  • Diikuti dengan membuat pertimbangan ke atas kaedah ukur yang perlu digunakan sepanjang kerja ukur yang akan dijalankan berdasarkan tinjauan yang dilakukan sebelum ini.
  • Kedudukan stesen-stesen ukur, batu sempadan, jarak diantara tapak ukur dengan Batu Aras yang terdekat dan kedudukan batu aras sementara perlu ditentukan dan dipastikan.

Pertimbangan-pertimbangan yang di buat di atas berlandaskan perkara-perkara berikut :-

  1. tujuan pengukuran dibuat
  2. kejituan yang diperlukan
  3. perbelanjaan dan jangka masa.