Pemilihan Stesen-Stesen

 

 
 
  • Bilangan stesen ukur hendaklah merangkumi seluruh kawasan ukur tetapi jumlahnya mestilah minimum yang mungkin. Stesen ukur mestilah saling nampak.

 

  • Garis pandangan mestilah jelas, panjang jarak hampir sama dan wujud segi yang baik. Elakkan dari memilih stesen yang menjadikan garisan travers terlalu hampir dengan bangunan untuk mengelakkan kesan biasan cahaya dan biasan sisi.

 

  • Elakkan dari memilih kawasan bercerun, becak dan berlalang kerana ia mungkin akan menjejaskan kestabilan stesen seterusnya kejituan data ukur.

 

  • Stesen-stsen ukur utama mestilah ditentu letak dengan membuat 3 pengukuran rujukan dengan butiran yang jelas. Maklumat ini direkod dan dilakar supaya senang dirujuk jika perlu.