KAEDAH MERANTAI |
Selepas pengukuran sudut dilakukan, tanpa mengalihkan tiodolit dan pancang jajar pengukuran jarak menggunakan kaedah merantai dijalankan. Gambar dibawah menunjukkan alat yang digunakan untuk kaedah merantai.
CARA-CARA MERANTAI |
PEMBETULAN JARAK |
Rantai dawai yang digunakan terdedah kepada keadaan persekitaraan yang tidak dapat dielakkan dan memerlukan pembetulan. Pembetulan-penbetulan yang diperlukan ialah
![]() |
Pembetulan piawai |
Rantai dawai mestilah sentiasa diuji dengan membuat bandingan kepada rantai piawai. Ini kerana rantai dawai terdedah kepada pengecutan dan pengembangan yang dapat mengubah jaraj asal rantai tersebut.
Contohnya, satu rantai dawai berukuran 20m mungkin hanya mengukur 19.999m sahaja. Ini bermakna rantai dawai pendek sebanyak 0.001m dan memerlukan pembetulan sebanyak -0.001m
![]() |
Pembetulan cerun |
Untuk mendapatkan jaraj mendatar, pembetulan diberikan seperti berikut:
Pc = -L * ( 1 - cos Ø )
L = jarak cerun yang diukur Ø= sudut pugak garisan
![]() |
Pembetulan lendutan |
Semasa pengukuran dibuat, rantai menjadi lendut. Pembetulan ini diberikan sebagai :-
P1 = ( -w2 * L2 ) ÷ ( 24 * T2 )
w = berat dawai
L = panjang antara tupang
T = tarikan yang diberikan kepada rantai