CARA BERING

 

Ukur travers yang menggunakan cara ini adalah travers yang mempunyai arah yang dirujukkan kepada utara benar atau utara magnet. Untuk mendapatkan datumnya, kita boleh merujuk kepada bacaan ukur terdahulu untuk mendapatkan bering yang diakui. Kompas berprisma juga boleh digunakan untuk mendapatkan bering dari satu stesen ke stesen yang lain.

 

ATURCARA KERJA

 

  1. Dirisiapkan tiodolit pada penyilang kiri di stesen B. ( Arah kerja mengikut arah pusingan jam )
  2. Perolehkan bering garisan  A-B dengan kompas berprisma katakan 340018'40".
  3. Setkan bacaan bering B-A pada tiodolit 340018'40" - 180000'00" = 160018'40" dan arahkan ke stesen A.
  4. Baca pula bering B-C iaitu 35007'18" catatkan kedua-dua bacaan dalam ruangan penyilang kiri.
  5. Transitkan tiodolit dan ia berada pada penyilang kanan. Setkan bering B-A, 340018'40". Kemudian baca bering B-C iaitu 215007'12" dan catatkan dalam ruangan penyilang kanan.
  6. Untuk mendapatkan bering purata garisan B-C,

          = (( B-C penyilang kiri ) + ( B-C penyilang kanan - 180)) ÷  2

          = (35007'18" + ( 215007'12" -180)) ÷ 2

          = 35007'15"

  1. Kemudian pindahkan tiodolit  ke stesen C. Setkan pada penyilang kiri bering C-B purata, iaitu 35007'15" + 180000'00" = 215007'15"
  2. Baca pula bering C-D dan catatkan.
  3. Transitkan tiodolit dan setkan bering C-B purata iaitu 35007'15" dan baca bering C-D.
  1. Dengan cara yang sama , buat cerapan hingga alat didirikan di stesen A.

Untuk melihat contoh pembukuan dengan lebih jelas,  Tekan disini

 

PEMBETULAN TRAVERS

Mengikut contoh pembukuan,

Garisan A-B memberi bacaan bering purata 340016'24".

Garisan A-B sepatutnya memberi bacaan bering datum, iaitu 340018'40".                                                              

Oleh itu, jumlah tikaian sudut = -2'16"

dan jumlah pembetulan bagi tikaian sudut = + 2'16"

Travers  mempunyai 19 bilangan garisan travers, maka pembetulan untuk setiap garisan                = ( +2'16" ÷ 19 ) = c

Nilai pembetulan dibuat untuk setiap garisan seperti berikut :

 Garisan travers yang pertama      =  c    =   ( +2'16" ÷ 19 )         =  + 7.16"

Garisan travers yang kedua          =  2c  =  ( +2'16" ÷ 19 ) x 2     =  +14.32" 

Garisan travers yang ketiga          =  3c  =  ( +2'16" ÷ 19 ) x 3    =  + 21.48"

Garisan travers yang keempat       =  4c  =  ( +2'16" ÷ 19 ) x 4    =  + 28.64"

Garisan travers yang kelima         = 5c   =  ( +2'16" ÷ 19 ) x 5    =   + 35.80"