|
Travers adalah suatu cara untuk menyediakan jaringan kawalan mengufuk di mana kedudukan ditentukan melalui gabungan pengukuran sudut dan jarak antara urutan garisan yang menghubungkan stesen-stesen kawalan.
Terdapat 2 jenis Travers :
Tertutup | -Suatu
sambungan atau rangkaian garisan-garisan ukur yang bermula di titik yang
sama, atau rangkaian garisan-garisan ukur yang bermula dari satu titik
yang mana koordinat di ketahui dan berakhir di titik yang lain yang mana
koordinat tidak di ketahui.
- Ia boleh disemak dan dilaras |
Terbuka | -Bermula
dari mana-mana titik stsen dan berakhir di titik di mana koordinat tidak
di ketahui
-Tidak dapat di semak dengan mudah dan tidak boleh di laras dengan betul |
Ukur Travers terbahagi kepada beberapa kelas. Kelas ukur yang ditentukan bergantung kepada kegunaanya alat yang digunakan dan kejituan yang diperolehi. Kelas-kelas ukur tersebut ialah :
Ukur travers dijalankan bertujuan :
![]() |
Untuk menyediakan satu sistem titik-titik kawalan yang dapat diplot dengan tepat di atas peta/pelan. Butiran seperti kedudukan paramuka semulajadi dan ciptajadi boleh diplot berpandukan kepada garisan travers dan stesen-stesen ukur. |
![]() |
Berlandaskan kepada maklumat-maklumat rekabentuk, titik-titik kawalan travers digunakan untuk menentukan kedudukan titik-titik tengah jalan raya, bangunan-bangunan dan lain-lain pembinaan. |
Peralatan yang digunakan untuk ukur travers adalah seperti berikut :
Tiodolit 20", 10", 06", atau 01"
Pita kasar 20m / alat EDM
Pencengkam dan dacing spring
Plumbob / ladung dan kakitiga
Tukul, piket, cat/kapor
Kompas berprisma
Tiodolit merupakan alat paling utama untuk ukur travers. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut
Untuk menjalankan satu kerja Ukur Travers yang baik dan berkesan, perancangan yang teratur perlulah disusun.