|
Pempelotan adalah bahagian terakhir dalam ukur travers, dimana setiap pengiraan yang telah dihitung akan digambarkan di atas kertas surihan.
Pelan akan mempunyai dua dimensi iaitu dari atas ke bawah (paksi Y) dan dari penjuru kiri ke kanan (paksi X). Paksi Y diwakili dengan paksi koordinat Utara / Selatan manakala paksi X diwakili dengan nilai koordinat Timur/Barat.
Setiap titik yang diperolehi mempunyai nilai koordinat dan merujuk kepada satu titik origin atau asalan dan ia diletakkan di atas kertas surihan mengikut skala.
Dalam pempelotan kaedah yang digunakan ialah berdasarkan koordinat.
Maklumat koordinat stesen ukur diperolehi dari jadual latit dan dipat yang telah dikira sebelum ini.
|
Berdasarkan kepada maklumat koordinat, kenal pasti koordinat berikut :-
Koordinat terbesar dan terkecil di paksi Utara/Selatan (U/S)
Contoh :- Koordinat terbesar di paksi U/S : U1029.468m
Koordinat terkecil di paksi U/S : U950.676m
Koordinat terbesar dan terkecil di paksi Timur/Barat (T/B)
Koordinat terbesar di paksi T/B : T1088.129m
Koordinat terkecil di paksi T/B : T1000.000m
Titik tengah pelotan (U/S) = U( 1029.468 + 950.676 ) / 2
= U 990.072 m
Titik tengah pelotan (T/B) = T ( 1088.129 + 1000.000 ) / 2
=T 1044.065 m
|
Penentuan skala yang sesuai penting untuk memastikan 'keseimbangan' di atas pelan bagi mengambarkan maklumat pengukuran.
Skala = Jarak di atas pelotan ÷ Jarak di lapangan
|
Setelah titik origin dan skala ditentukan, penentuan kedudukan titik yang akan dipelot boleh dilakukan. Pempelotan dilakukan mengikut titik tengah pelotan
Walaubagaimanapun, jarak ofset titik dari kedudukan origin perlu dihitung terlebih dahulu.
Pengiraan Ofset Pempelotan
Contoh : Ofset stesen ukur A
Koordinat stesen ukur A ( U1000.000m, T1000.000m )
Nilai Origin Pelotan ( U990.072m, T1044.065m)
Ofset (U/S) stesen ukur A : ( 1000.000m - 990.072m ) = 9.928m (U)
Ofset (T/B) stesen ukur A : ( 1000.000m - 1044.065m ) = 44.065m (B)
|
Setelah kedudukan setiap stesen ukur ditentu letakkan, dengan menggunakan
kedudukan butiran boleh ditentu letakkan.