ANALISIS DATA |
Apabila kerja ukur travers selesai, perkara selanjutnya yang perlu dilakukan ialah membuat hitungan dan analisis data yang diperolehi.
Tujuan hitungan ini dilakukan ialah untuk :-
![]() |
mendapatkan tikaian linear yang menggambarkan kejituan kerja |
![]() |
mendapatkan keluasan kawasan yang diukur |
![]() |
mendapatkan koordinat titik-titik kawalan bagi membolehkan pempelotan dibuat. |
Langkah Pertama |
Sebelum tikaian linear atau lurus dikira, latit dan dipat perlulah diketahui.
|
Latit dan dipat juga boleh mengira jarak dan bering
Dipat AC = Dipat AB + Dipat BC
Latit AC = Latit AB - Latit BC
Jarak AC = ( Dipat AC2 + Latit AC2 )1/2
Bering AC = tan-1 ( dipat AC ÷ latit AC )
Maka :-
Latit = Jarak AB * kos ( bering AB )
Dipat = Jarak AB * sin ( bering AB )
Untuk menentukan kedudukan sesuatu titik samada berada di Utara, Selatan, Timur atau Barat, kita lihat pada nilai latit dan dipat yang diperolehi.
Latit ( + ve ) - titik berada di Utara
Latit ( - ve ) - titik berada di Selatan
Dipat ( +ve ) - titik berada di Timur
Dipat ( -ve ) - titik berada di Barat
Langkah kedua |
Hasil daripada pengiraan latit dan dipat, nilai tikaian linear / lurus boleh dihitung. Tikaian lurus mestilah diketahui untuk menentukan bahawa travers tersebut adalah betul atau boleh diterima pakai.
Rumus yang digunakan :-
Tikaian Lurus = ( ( Bezaan Timur dan Barat )2 + ( Bezaan Utara dan Selatan )2 )1/2 ( Jumlah jarak travers )
OL = Selisih Latit = Bezaan timur dan barat
OD = Selisih Dipat = Bezaan timur dan selatan
Langkah Ketiga |
Sebelum pengiraan seterusnya dilakukan, pelarasan terhadap latit dan dipat perlu dibuat. Ada dua kaedah yang boleh digunakan iaitu,
![]() |
Kaedah Bowditch |
![]() |
Kaedah Transit |
Kaedah Bowditch
Pembetulan Latit = + ( Selisih Latit x Jarak Garisan ) ÷ Jumlah jarak
Pembetulan Dipat = + ( Selisih Dipat x Jarak Garisan ) ÷ Jumlah jarak
Kaedah Transit
Pembetulan Latit = + ( Selisih Latit x Latit Garisan ) ÷ Jumlah Latit
Pembetulan Dipat = + ( Selisih Dipat x Dipat Garisan ) ÷ Jumlah Dipat
Untuk menentukan samada nilai pembetulan negatif atau positif, rujuk jadual dibawah.
Perkara |
Pembetulan Latit |
Pembetulan Dipat |
||
Utara |
Selatan |
Timur |
Barat |
|
J.L.U > J.L.S | -ve | +ve | ||
J.L.S > J.L.U | +ve | -ve | ||
J.D.T > J.D.B | -ve | +ve | ||
J.D.B > J.D.T | +ve | -ve |