PENGUKURAN JARAK ELEKTROMAGNETIK

 

Perkembangan pesat dalam peralatan Pengukuran Jarak Elektromagnet (EDM) membolehkan jurutera dan jurukur mengukur jarak terutama sekali jarak yang jauh dengan cara yang lebih mudah lagi dan dengan kejituan yang lebih tinggi dari yang mungkin diukur dengan menggunakan kaedah pemitaan atau kaedah optik.

Hasil dari kemajuan teknik ini, banyak perubahan telah berlaku dalam teknik-teknik ukur.
Contohnya, penggunaan terabas dan jaringan gabungan dalam ukur kawalan yang meliputi kawasan yang luas yang boleh dilakukan dengan kejituan yang sama atau lebih baik daripada penyegitigaan, pengukuran butiran yang menggunakan teodolit yang dipasang alat EDM mewujudkan kaedah yang lebih berkesan dalam penghasilan peta dan pelan.
Teknik-teknik pemancangan moden tidak mungkin wujud tanpa alat EDM.

Untuk menggunakan sesuatu sistem EDM, alat disetkan di salah satu hujung garisan yang hendak diukur dan sejenis pemantul disetkan di hujung yang lain.
Garisan tenang antara alat dan pemantul tidak harus terhalang.

Gelombang elektromagnet dihantar dari alat ke arah pemantul di mana sebahagian darinya dikembalikan kepada alat.
Dengan membandingkan gelombang yang dihantar dan yang diterima, alat boleh menghitung dan mempamerkan jarak yang diperlukan.