Dalam sistem ini didapati bahawa:
![]() |
Di atas gegendang pada alat ukur seperti tiodolit, alat aras, dan lain-lain, ditanda dengan 2 garisan ufuk tambahan yang dikenali sebagai garis-garis stadia. |
![]() |
Garis-garis stadia ini ditempatkan secara bertentangan dan sama jarak di atas dan bawah bebenang tengah atau garisan tengah. |
![]() |
Jarak diantara garisan-garisan stadia dinamakan sela stadia. |
![]() |
Sistem Stadia Tetap: Garisan-garisan stadia atau sela stadia ditetapkan pada suatu kedudukan tertentu pada gegendang. |
![]() |
Sistem Stadia Tidak Tetap: Garisan-garisan stadia atau sela stadia boleh diubah kedudukannya dan jarak sela stadia ini perlu diukur dengan menggunakan jangka halus. |
![]() |
Sistem stadia jarang digunakan dalam kerja ukur sekarang kerana tidak tersedia atau tidak mempunyai kelebihan yang istimewa dan juga tidak mempunyai kejituan yang lebih tinggi |
Rajah 1
![]() |
Cerapan-cerapan tekimeter dilakukan kepada suatu staf aras yang merupakan tapak yang tidak tetap nilainya. |
![]() |
Apabila ditenung melalui teropong, akan
didapati bahawa garis-garis stadia membentuk suatu nilai panjang yang tertentu bagi staf
aras, di mana ukuran panjang ini akan bertambah besar nilainya apabila kedudukan
staf semakin jauh ditempatkan. |
![]() |
Ukuran panjang bagi staf ini dinamakan penggal staf. Ia berkadar terus dengan jarak bagi kedudukan alat ukur. |
![]() |
Dengan menggunakan panjang penggal staf ini
dalam pengiraan, maka jarak antara staf dan tekimeter boleh diperolehi.
Rajah 2 |
![]() |
Rajah 3
![]() |
Di mana; |
i = sela stadia ab, iaitu jarak sebenar di antara garisan-garisan stadia pada gegendang.
t = jarak antara kanta objek dan paksi pugak.
f = jarak fokus bagi kanta
p = titik fokus luar bagi kanta objek
O = jarak ufuk di antara titik fokus luar dan staf.
D = jarak ufuk yang dikehendaki.
s = penggal staf AB
U = jarak di antara garisan-garisan stadia dengan kanta objek
V = jarak di antara staf dengan kanta objek.
![]() |
Apabila diteropong sekali lagi, dalam keadaan supaya memberikan imej sama sekali, arca bagi staf AB akan terbentuk di ab pada satah gegendang. (sila rujuk pada rajah 2 dan 3 di atas) |
![]() |
Satu pancaran cahaya dari A akan melintas melalui O dan dengan melalui kanta objek, pancaran cahaya ini akan muncul selari dengan paksi optik. Serupa juga seperti yang berlaku pada pancaran cahaya dari B. |
![]() |
Pancaran-pancaran cahaya yang dipertimbangkan akan membentuk dua buah segitiga sebentuk dan masing-masing dengan porosnya di O. |
![]() |
Selain daripada itu, tapak bagi segitiga yang lebih kecil yang berada di kanta objek akan mempunyai nilai yang sama dengan sela stadia, i. |
![]() |
Daripada segitiga-segitiga sebentuk COD dan AOB (sila rujuk rajah 3 di atas) didapati bahawa: |
s/d = i/f
d/i = s/f
d = sf/i
tetapi f dan i adalah pemalar, oleh itu:
d = Ks maka; K = f/i
didapati bahawa; D = d + f + t
maka D = Ks + f + t
= Ks + (f + t)
tetapi, f dan t juga ialah pemalar, maka;
d = Ks + C
C = f + t (pemalar 'additive')
biasanya, K = 100 dan C = 0,
maka, D = 100 s
di mana s ialah bacaan penggal staf.