KONTUR SECARA TAK LANGSUNG
Untuk menghasilkan kontur, terdapat tiga cara berbeza yang
boleh digunakan, iaitu:
Kaedah
Sistem Grid
Kaedah Keratan Lintang
Kaedah Dari Aras Selerak
Namun begitu, di sini
hanya 2 kaedah diterangkan iaitu Kaedah/Sistem Grid dan Kaedah Muka Keratan
Lintang.
Kaedah / Sistem Grid |
![]() |
Kaedah ini merupakan kaedah
yang paling digemari untuk membuat kontur kerana kaedah ini senang untuk difahami. |
![]() |
Kaedah ini sesuai untuk
kawasan ukur yang bertanah pamah dan terbuka. |
![]() |
Menggunakan kaedah ini, satu
pemidang grid yang mempunyai saiz yang bersesuaian dipasang di atas kawasan ukur yang
terlibat. |
![]() |
Saiz bagi grid segiempat sama
ini bergantung kepada ketepatan yang diperlukan. |
![]() |
Untuk kerja-kerja umum, grid
segiempat yang bersaiz 10m biasanya adalah memadai. |
![]() |
Pemidang grid ini perlulah
diikat kepada garisan ukur utama, iaitu garisan asas, bagi mewujudkan satu kawalan ufuk. |
![]() |
Aras untuk setiap titik
persilangan akan ditentukan dan kemudian garis-garis kontur di antara titik-titik
persilangan ini di tentuantarakan. |
![]() |
Pemidang grid ini dapat disediakan di atas permukaan bumi dalam 2 cara, iaitu: |
Cara 1
Cara 2
Cara 1
Cara ini dianggap memuaskan
dari segi teori sahaja, tetapi kurang sesuai untuk diusahakan kerana terlalu banyak
bilangan pancang jajar yang diperlukan untuk membentuk seluruh pemidang grid ini.
Katakanlah sela grid yang
bernilai 10m ditandakan dengan piket di sepanjang salah satu garisan ukur yang disediakan
untuk mengukur kawasan ini.
Biasanya, garisan ukur ini merupakan garisan ukur yang terpanjang, iaitu garisan asas.
Di setiap hujung grid akan
dibentukkan satu garisan pugak terhadap garisan asas ini dan sela grid ini juga
dipasangkan dengan piket di sepanjang setiap garisan ini.
Sekiranya suatu binaan
garisan-garisan berpalang juga disediakan pada bahagian tengah pemidang grid, ini akan
memudahkan lagi kerja membentuk pemidang grid ini.
Selepas itu, setiap titik
akan dapat ditentukan dengan membuat jajaran dari dua titik yang bersudut tepat terhadap
satu sama lain.
Cara 2
Rajah 1
![]() |
Cara ini merupakan cara yang lebih sesuai
untuk dilakukan bagi membentuk satu pemidang grid di atas permukaan bumi. |
![]() |
Piket dipasang di atas garisan asas
AL dengan
sela grid 10m. |
![]() |
Garisan yang menyambungkan titik A6
dan L6 juga akan ditandakan dengan piket seperti awalnya. |
![]() |
Dengan memasang pita di sepanjang garisan A1A6,
staff dapat ditempatkan pada setiap 10m berpandukan kepada pita yang telah membentuk satu
garisan yang lurus. |
![]() |
Proses yang sama ini juga diulang untuk
garisan B1B6 dan seterusnya. |
![]() |
Kedudukan staf didirikan akan dicatatkan
dalam ruang buku catatan buku kerja luar bagi setiap kalinya, misalnya B2, D3
dan sebagainya. |
![]() |
Satu lakaran yang menunjukkan susunan
pemidang grid, termasuklah huruf-huruf rujukan dan nombor juga kan dicatatkan dalam buku
kerja luar bagi menunjukkan perkaitan terhadap garisan ukur yang asal. |
![]() |
Setelah kerja menghitung untuk aras laras
bagi setiap titik persilangan telah siap disediakan, maka aras laras yang berkenaan
ini masing-masing akan dicatatkan pada persilangan grid yang berkenaan. |
![]() |
Ini adalah untuk kerja menentuantarakan
garis-garis kontur. |
Kaedah Muka Keratan Lintang |
![]() |
Cara ini adalah sesuai dilakukan untuk
sesuatu kawasan yang memanjang,misalnya kawasan untuk rancangan jalan-jalan raya, talian
paip, landasan keretapi dan sebagainya. |
![]() |
Semasa melakukan kerja mengukur muka keratan
memanjang, muka keratan lintang juga dapat dibentuk secara bersudut tepat terhadap garisan
rentas pada suatu sela yang teratur bagi meliputi seluruh kawasannya. |
![]() |
Cerapan-cerapan
ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat aras atau teodolit. |
![]() |
Arah
dari muka keratan lintang yang tidak membuat sudut tepat dengan garisan
terabas akan diukur bearingnya dengan menggunakan kompas. |
![]() |
Setelah
itu, staff akan dipasang pada titik-titik yang mempunyai sela-sela
tertentu di sepanjang garisan muka keratan lintang. |
![]() |
Kedudukan-kedudukan
staf ini pula akan diplot di dalam pelan di sepanjang kedudukan garisan
muka keratan lintang berkenaan. Aras laras bagi setiap titik juga di
catatkan untuk proses tentuantara bagi menentukan garis-garis kontur yang
akan diperlukan nanti. |