ISIPADU
DARI TITIK TINGGI
-
Kaedah
ini digunakan untuk mendapatkan isipadu korekan yang dalam dan
besar seperti tingkat bawah tanah, tangki-tangki bawah tanah dan
sebagainya di mana aras bentukan boleh jadi bercerun, mengufuk
atau bertingkat.
-
Grid
segiempat sama, segiempat tepat atau segitiga ditetapkan di atas
tanah dan aras terlaras titik dimabil pada setiap persilangan
grid. Semakin kecil grid, semakin tepat isipadu yang dikira tetapi
kerja luar semakin bertambah.
-
Aras
bentukan pada setiap grid mestilah diketahui. Oleh itu kedalaman
potongan daripada aras yang wujud hingga ke aras cadangan pada
setiap persilangan grid boleh dikira.
Sila
rujuk
rajah 1
di bawah untuk penerangan
seterusnya:

Rajah 1
Rajah 1
di atas menunjukkan grid segiempat sama 10m dengan kedalaman
potongan yang ditandakan pada setiap persilangan grid. Pertimbangkan
isipadu yang terkandung di dalam grid segiempat sama h1h2h6h5
.
Rajah 2
menunjukkan isipadu
tersebut.

Rajah 2
Andaian dibuat bahawa cerun permukaan adalah tetap di antara
persilangan grid. Oleh itu,isipadu diberikan oleh:
Isipadu
= Tinggi Purata x Luas Pelan
= 1/4 ( 4.76 +5.14 + 4.77
+ 3.21 ) x 100
= 447 m3
Kaedah yang sama boleh digunakan pada
setiap grid individu segiempat sama dan ini membawa kepada formula
umumk untuk grid-grid segiempat sama atau segiempat tepat.
Jumlah isipadu = A/4 ( S
kedalaman tunggal + 2 S
kedalaman
kembar
+ 3S
kedalaman tiga kali ganda
+ 4S
kedalaman empat kali ganda ) + dV
di mana;
A
= luas pelan bagi setiap grid segiempat sama
kedalaman tunggal = kedalaman seperti h1 dan h4
yang digunakan sekali
kedalaman kembar = kedalaman seperti h2 dan h3
yang digunakan dua kali
kedalaman tiga kali ganda = kedalaman seperti h7 yang
digunakan tiga kali
kedalaman empat kali ganda= kedalaman seperti h6 yang digunakan empat
kali
dV
= jumlah isipadu di luar grid yang dikira berasingan.
Oleh itu, dalam contoh yang ditunjukkan di dalan rajah 2a:
Isipadu yang terkandung dalam kawasan luas grid ;
= 100/4 [ 4.76 + 8.10 + 6.07 + 1.98 + 3.55 + 2 ( 5.14 + 6.72 +
3.21 + 2.31 )
+ 3 ( 5.82 ) + 4 ( 4.77 ) ]
= 25 ( 24.46 + 34.76 + 17.46 + 19.08 )
= 2394 m3
Keputusan
ini hanya satu anggaran sahaja oleh kerana ia dianggap bahawa cerun
permukaan adalah tetap antara titik -titik tinggi.
Jika grid segitiga digunakan, formula umum mesti diubah seperti
berikut:
1. A'/3 mesti menggantikan A/4 di mana A' = luas pelan
bagi setiap segitiga.
2. Kedalaman yang kelihatan dalam lima dan enam segitiga mesti
digunakan.
|