ISIPADU DARIPADA GARIS KONTUR

 

  • Kaedah ini sangat sesuai untuk mengira isipadu yang sangat luas seperrti takungan air, empangan tanah, longgokan tanah buangan dan sebagainya.

  • Sistem yang digunkan adalah untuk mengira luas pelan yang ditutupi pleh setiap garis kontur. Anggap garis kontur ini sebagai luas keratan rentas. Sela kontur menyediakan jarak antara keratan-keratan rentas dan boleh digunakan samada Kaedah Keluasan Hujung atau Kaedah Prismoid. Jika Kaedah Prismoid digunakan, bilangan bilangan garis kontur mestilah ganjil.

  • Luas pelan yang terkandung oleh setiap garis kontur boleh dikira dengan menggunakan planimeter atau daripada Kaedah Kiraan Luas Pelan. Dalam kes ini Kaedah Grafik amat sesuai.


  • Ketepatan keputusan bergantung sepenuhnya pada sela kontur. Tetapi biasanya ketepatan yang tinggi tidak diperlukan.

    Contohnya dalam kiraan muatan takungan, isipadu hampir 1000m3 adalah lebih dari mencukupi.
    Untuk lebih kefahaman, sila perhatikan contoh di bawah:






                                                  
    Rajah 1

  • Pelan cadangan takungan dan dinding empangan memberikan maklumat seperti berikut:
     Sela tegak adalah 5m dan aras takungan air adalah 148m. Muatan takungan air adalah diperlukan.

    Isipadu air yang ditakung antara garis-garis kontur boleh didapati dengan merujuk kepada
    Rajah 2   di bawah.



      
     
                                                        Rajah 2


    Rajah ini menunjukkan keratan rentas yang melalui takungan dan luas pelan yang ditutupi oleh setiap garis kontur dan dinding empangan.


         

  • Jumlah isipadu  =  isipadu di antara garis kontur 148m dan 145m
                                + isipadu antara garis kontur 145m dan 120m
                                + isipadu kecil dibawah garis kontur 120m.

    Isipadu antara garis kontur 148m dan 145m boleh didapati dengan Kaedah Keluasan Hujung, iaitu:

                           = [ (15 100 + 13 700) / 2 ]  x  3
                            = 43 200 m3

    Isipadu antara garis kontur 145m dan 120m boleh didapati dengan menggunakan Kaedah Keluasan Hujung, iaitu:

                            = 5/2 [ 13 700 + 4 600 + 2 (12 300 + 11 200 + 9 800 + 7 100) ]
                            = 247 750 m3


    Isipadu kecil di bawah kontur 120m boleh diperolehi dengan menggunakan sela kontur, misalnya 1m dengan menggunakan Kaedah Keluasan Hujung atau Formula Prismoid.
    Jika isipadu ini terlalu kecil, ia mungkin diabaikan.

    Katakan isipadu kecil ini =
    d V.  Maka;

    Jumlah isipadu = 43 200 + 247 750 +
    dV
                           = (290 950 +
    dV) m3

    Jumlah isipadu ini digenapkan ke 1 000 m3

    Jumlah isipadu = 290 950m3