Kaedah ini sama
dengan kaedah mencari keluasan dengan menggunakan Peraturan Simpson dan biasanya lebih
tepat daripada kaedah Keluasan Hujung.
Isipadu yang dikira
merupakan isipadu yang terkandung antara siri keratan rentas yang mempunyai jarak yang
sama.
Prismoid adalah
rajah yang pejal dengan satah-satah hujung berkeadaan selari dan satah-satah sisi juga
selari.
Formula Prismoid boleh
digunakan untuk kerja tanah bagi potongan dan tambakan dan memberikan isipadu sebenar sama
ada:
Cerun Lintang yang bersudut tepat pada garis tengah adalah lurus dan profil membujur pada
garis tengah adalah berbentuk parabola
Atau
Cerun Lintang berbentuk parabola dan profil membujur adalah garis lurus.
Rajah 1
Untuk semua rumus di bawah,
sila rujuk Rajah 1 di atas.
Untuk siri segitiga
keratan rentas, isipadu V 1-3 yang terkandung antara keratan rentas itu diberi
oleh;
V1-3
= d ( A1 + 4A2 + A3
)
3
Jika rajah di atas dipanjangkan untuk memasukkan keratan rentas 4 (A4) dan 5 (A5),
isipadu daripada CS3 ke CS5 (V3-5) diberikan oleh:
V3-5 = d ( A3 + 4A4
+ A5 )
3
Oleh itu, jumlah isipadu dari CS1 ke CS5 (V) ialah:
V = d ( A1 + 4A2 + 2A3 +
4A4 + A5 )
3
Formula am untuk N keratan rentas di mana N mesti ganjil adalah seperti berikut:
V = d ( A1
+AN + 4Σ luas genap + 2Σ luas ganjil
)
3