PENGGUNAAN EDM DALAM UKUR DAN KEJURUTERAAN AWAM


Pada amnya, penggunaan EDM dalam operasi-operasi ukur kejuruteraan menjimatkan masa dan dalam kebanyakan kes, kejituan pengukuran jarak adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kaedah menggunakan pita (terutamanya untuk jarak yang melebihi panjang pita keluli) dan kaedah optik.


Apabila menggunakan EDM, pengukuran butiran yang lebih tepat dan cepat boleh dilakukan.
Ini kerana julat yang jauh boleh diukur dan stesen kawalan yang sedikit sahaja diperlukan. (jika dibandingkan dengan ukur stadia)


Oleh itu, EDM telah menggantikan kaedah tekimetri dan ukur rantai untuk menghasilkan pelan tapak.


Tambahan pula, kedua-dua sistem gabungan teodolit EDM dan sistem takimeter elektronik sangat mudah disesuaikan untuk pembetulan model paramuka berdigit (DTM).
Dan jika unit storan data digunakan, ini boleh  diantaramukakan langsung dengan komputer yang membentuk model.

Oleh kerana sudut dan jarak boleh diukur serentak menggunakan alat inframerah julat dekat yang terbaru, banyak operasi pemancangan telah dapat dipermudahkan.
Sesetengah alat mempunya kebolehan membaca secara terus menerus dan ini membolehkan jarak yang beratus-ratus meter dipancangkan dengan satu tenangan sahaja, biasanya di kawasan yang tidak sesuai untuk pemitaan.
Kebolehan mengambil pengukuran di kawasan yang sesak juga merupakan suatu kelebihan.

Akibat perkembangan alat EDM yang bertambah baik dan berterusan ini, beberapa teknik pemancangan telah mengalami perubahan.
Dalam kerja-kerja jalan, EDM boleh digunakan untuk menentukan koordinat titik-titik kawalan utama untuk pengukuran awal jalan dan kemudian EDM boleh menggunakan stesen-stesen ini untuk menubuhkan garisan tengah jalan dengan menggunakan kaedah kutub daripada kaedah sudut tangen.

Contoh perubahan teknik seterusnya adalah iaitu bangunan-bangunan boleh dipancangkan dari dua atau lebih stesen alat dengan koordinat kutub daripada menggunakan teodolit untuk mewujudkan sudut tepat di setiap penjuru.

Kaedah-kaedah ini, telah dibantu dengan kemajuan mesin kira dan komputer dan banyak pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan jadual bearing dan jarak dalam bentuk cetakan komputer kepada kontraktor untuk kerja pemancangan.

Penggunaan EDM selanjutnya dalam kejuruteraan awam adalah dalam kerja terowong, di mana ia digunakan dalam kerja ukur yang perlu untuk mendirikan pintu terowong di paras tanah dan untuk mengukur dalam syaf tegak.

Dalam kerja perletakan cerucuk dan lain-lain struktur laut berhampiran pantai juga telah dapat dilakukan menggunakan EDM.

Walaupun EDM mempunyai banyak potensi dalam kejuruteraan awam, terutamanya untuk kerja-kerja pengukuran jarak cerun dan jarak mengufuk, kekurangan utamanya adalah kosnya yang tinggi.

Alat-alat infra-merah yang dipasang pada teodolit mewakili sistem-sistem yang paling murah yang boleh diperolehi sekarang dan penggunaannya dalam kejuruteraan awam adalah perkara biasa.

Takimeter elektronik walaupun lebih canggih, tidak digunakan dengan meluasnya oleh kontraktor kerana harganya yang mahal hanya mampu digunakan oleh kontraktor yang mempunyai organisasi yang besar sahaja.