Staf boleh didirikan samada secara pugak atau condong iaitu normal terhadap garis pandangan daripada alat.
![]() |
MENDIRIKAN STAF SECARA PUGAK |
Hitungan jarak mendatar dan jarak pugak:
Daripada formula asas jarak, D = Ks + C
Berdasarkan rajah 1 di bawah, persilangan staf yang sepatutnya ialah pada AB.
AB = s kos q
oleh itu; D = Ks kos q + C
Rajah 1
Jarak Mendatar
H = D kos q
jadi;
H = Ks kos q + C kos q
Jarak Pugak
V = D sin q
= Ks kos q sin q + C sin q
diketahui;
kos q sin q = 1/2 sin 2q
jadi;
V = 1/2 Ks sin 2q + C sin q
Bagi alat-alat yang pemalar 'additive'nya sifar (0), maka:
H = Ks kos q
V = 1/2 Ks sin 2q
Penentuan Beza Tinggi
Beza tinggi = H.I + V - h
H.I = tinggi alat (sentiasa bernilai positif)
V = komponen pugak ( bernilai positif bila sudut dongak dan negatif bila sudut tunduk)
h = bacaan stadia tengah (sentiasa bernilai negatif)
Penentuan Aras
Jika diketahui aras laras kedudukan alat, maka aras laras stesen-stesen staf dapat dihitung dengan menggunakan formula seperti di bawah.
R.Ls = R.La + H.I + V - h
R.Ls = aras laras stesen staf
R.La = aras laras kedudukan alat
H.i = tinggi alat
V = jarak pugak
h = jarak stadia tengah
MENDIRIKAN STAF SECARA CONDONG
Dengan cara ini, staf didirikan bersudut tepat terhadap garisan pandangan daripada alat.
Rajah 2
Bagaimanapun, cara ini jarang digunakan kerana sukar untuk menentukan staf tersebut normal terhadap garis pandangan dari alat.
Jarak Mendatar (H)
H = ( Ks + C ) kos q + h sin q
Jarak Pugak (V)
V = ( Ks + C ) sin q
Bagi alat-alat di mana pemalar tetapnya ( additive constant ) 0 dan nilai sudut pugaknya ( q ) kurang daripada 10°, formula tersebut boleh diringkaskan, iaitu:
H = Ks kos q
V = Ks sin q
Beza Tinggi
Beza tinggi = H.I + V + h kos q