Ciptaan USM Menang Anugerah di Bangkok
NIBONG TEBAL, 8 Februari 2017 – Pensyarah dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya memenangi anugerah di 2017 Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition bersempena dengan Thailand Investors’ Day 2017 baru-baru ini.
Melalui ciptaan NR-Ag Ball: Degradation of Dyes Using Natural Rubber in Water Treatment Tank, kumpulan yang terdiri daripada gabungan pensyarah dan pelajar dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan USM ini berjaya merangkul tiga anugerah iaitu Special Innovation Award (Canada), Special Award (Korea) dan Medal Awards (Gold).