Pilot Project: Water For Life Sungai Jernih, Selama 2016
Pilot Project: Water For Life Sungai Jernih, Selama 2016 bertujuan untuk membina semula empangan takungan air mini beserta penuras kasar (‘rough filter’) di Kampung Air Sungai Simpul, Sungai Jernih Selama yang pecah akibat banjir pada bulan Julai yang lalu serta pemasangan semula paip air HDPE yang baru yang disambungkan ke rumah-rumah penduduk kampung.
Projek bersifat Community Social Responsibility (CSR) ini yang mana dalam usaha mewujudkan kolaborasi antara beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Jabatan Kesihatan Perak, Rejimen Askar Jurutera Diraja Taiping, BOMBA, PDRM, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta permohonan kepakaran sistem kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia ini diharapkan berjaya membina semula empangan takungan air tersebut dan dijadikan pilot projek untuk projek seumpamanya pada masa akan datang.