LAWATAN NC DAN PERASMIAN CIVIL SQUARE

 

 

VC

NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, 15 Ogos 2019 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) merupakan antara Pusat Tanggungjawab dengan pencapaian yang cemerlang dan selepas ini PPKA harus lebih memfokuskan perancangan di peringkat lebih tinggi, memperkenalkan sistem pengajaran dan pembelajaran serta program-program yang ditawarkan PPKA ke peringkat antarabangsa.

VC AZAZI

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselor, YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam lawatan beliau ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) ) hari ini.Lawatan ini diadakan sebagai kunjungan rasmi Naib Canselor ke semua PTJ di USM untuk melihat dan mendengar perancangan PPKA supaya ia sejajar dengan hasrat dan hala tuju Universiti.

vc rasmi

Selepas sesi perjumpaan Naib Canselor bersama Pengurusan PPKA dan staf akademik PPKA, YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail juga telah merasmikan Dataran Pelajar PPKA yang kini dikenali sebagai Civil Square.

CIVIL SQUARE

Civil Square ini dibina untuk menyediakan ruang belajar, perbincangan serta aktiviti sosial dan riadah yang kondusif dengan lanskap dan persekitaran yang menarik untuk pelajar dan staf PPKA serta tetamu yang datang berkunjung. Pembinaan Civil Square ini bermula pada tahun 2015 dan merupakan hasil tajaan daripada industri serta alumni PPKA. Landskap Civil Square ini telah dinaiktaraf dengan bantuan kepakaran daripada Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) dan kerja-kerja pembinaan telah dijalankan oleh staf PPKA sendiri.

VC 2

Hadir sama adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Pengarah Pusat Perancangan Institusi & Strategik (IPSC), Prof. Dr. Phua Kia Kien.