Majlis Konvokesyen USM ke-55

1

 2                    konvo 3        

Pulau Pinang, 2 November 2017 – Majlis gilang gemilang Konvokesyen USM ke-55 telah melabuhkan tirainya dengan penutup sidang terakhir daripada empat program yang antaranya adalah daripada Program Sarjana Muda Kejuruteraan. Dalam sidang ini, seramai 92 graduan daripada Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam) dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda termasuk satu penerima Anugerah Anumerta yang diberikan kepada Arwahyarham Naufal Shahzahda Bin Zahri. Keriangan dan kegembiraan meraikan kejayaan para pelajar ini dirakamkan dalam sesi bergambar yang diadakan sejurus selepas berakhirnya sidang ke-10 Konvokesyen bersama-sama dengan pengurusan Universiti, Dekan dan para pensyarah yang hadir. Dalam sesi bergambar ini, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria dan Dekan Pusat Pengajian iaitu Prof. Dr. Taksiah A.Majid serta beberapa ahli Senat dan pensyarah bersama-sama meraikan graduan. Jelas terserlah kepuasan yang dirasakan oleh para graduan dan pensyarah atas kejayaan para graduan menamatkan pengajian dengan jayanya.

5 konvo                     6 konvo

konvo2                    konvo 5

4                  konvo 4

Dalam Majlis Konvokesyen ini juga beberapa graduan Ijazah Doktor Falsafah dan juga Sarjana daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam juga diraikan dalam sidang yang terdahulu iaitu pada Sidang Pertama dan Sidang Kedua yang merangkumi Program Ijazah Doktor Falsafah, Program Sarjana Sains (Kejuruteraan Awam), Program Sarjana Sains (Kejuruteraan Struktur) dan tidak ketinggalan Program Sarjana Sains (Kejuruteraan Alam Sekitar). Ucapan tahniah dan syabas diberikan kepada semua penerima anugerah dan berharap kejayaan yang dikecapi oleh para graduan menjadi inspirasi dan mencapai aspirasi Universiti Sains Malaysia dalam menghasilkan graduan yang mempunyai kualiti USM HEBAT.

IMG 20171103 WA0010                                       IMG 20171103 WA0009

3

Konvokesyen USM pada tahun ini mempunyai 10 sidang dan telah berlangsung selama enam hari bermula pada 28 Oktober hingga 2 November 2017. Jumlah keseluruhan graduan yang menerima anugerah pada tahun ini adalah seramai 6850 orang.

Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua graduan. Semoga anda semua, alumni USM akan terus berjaya dalam kerjaya dan apa jua lapangan yang diceburi dan kembali semula menyumbang kepada USM. 

Teks: Norasyidah Mohd Yusoff
Photo: media PPKA