Pilot Project: Water For Life Sungai Jernih, Selama 2016

selamaPilot Project: Water For Life Sungai Jernih, Selama 2016 bertujuan untuk membina semula empangan takungan air mini beserta penuras kasar (‘rough filter’) di Kampung Air Sungai Simpul, Sungai Jernih Selama yang pecah akibat banjir pada bulan Julai yang lalu serta pemasangan semula paip air HDPE yang baru yang disambungkan ke rumah-rumah penduduk kampung.

Projek bersifat Community Social Responsibility (CSR) ini yang mana dalam usaha mewujudkan kolaborasi antara beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Jabatan Kesihatan Perak, Rejimen Askar Jurutera Diraja Taiping, BOMBA, PDRM, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta permohonan kepakaran sistem kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia ini diharapkan berjaya membina semula empangan takungan air tersebut dan dijadikan pilot projek untuk projek seumpamanya pada masa akan datang.

Lokasi kampung ini sedikit jauh dari bekalan paip air utama dengan jarak ke rumah paling akhir adalah 2km. Untuk makluman, bagi kampung-kampung yang tidak mendapat akses bekalan air luar bandar(BALB) yang disalirkan oleh paip Lembaga Air Perak atas sebab kedudukan kampung yang jauh atau berada di kecerunan tinggi akan menggunapakai Gravity-Feed System (GFS) oleh Kementerian Kesihatan . Gravity-Feed System (GFS) membekalkan air menggunakan graviti bumi untuk saliran air dari kawasan beraltitud tinggi(puncak bukit) melalui pam-pam air kepada penduduk kampung. GFS ini bersifat óne-off’ bagi Kampung Sungai Simpul dilaksanakan pada tahun 2009, dan empangan tersebut pecah akibat banjir pada September 2015.

Projek ini dahulunya dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan mengambil masa melebihi tempoh sebulan untuk menyiapkan empangan dan paip saliran air ke rumah-rumah penduduk. Kini air yang disalirkan ke paip penduduk hanya ditapis menggunakan penapis yang diikat pada batang pokok tanpa empangan kerana belum mempunyai kelulusan peruntukan untuk bina semula empangan.

Video Youtube Projek

Majoriti penduduk setempat adalah petani dan penternak ikan. Kebanyakkannya kurang berkemampuan untuk menggunakan bekalan air terawat dari Lembaga Air Perak selain jauh dari sumber utama bekalan air terawat tersebut dan memilih bekalan air masayarakat ini dengan kos selenggara antara RM2.00-RM4.00 sebulan bagi tiap-tiap paip rumah.Kumpulan sasaran adalah penduduk Kampung Air Sungai Simpul, Sungai Jernih, Selama yang melibatkan sejumlah 48 keluarga dengan 202 isi rumah.