Temuduga calon pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Awam)

photo 1a11 Mei 2016, Temuduga calon pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Awam) untuk kemasukan sidang akademik 2016/2017  telah diadakan pada 11-12 Mei 2016. Tujuan sesi temuduga ini diadakan ialah untuk untuk mendapatkan calon pelajar yang terbaik dan benar-benar layak untuk mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Sains Malaysia (USM). Pada hari tersebut, calon pelajar dan ahli keluarga diberi peluang untuk melihat melawat sekitar Kampus Kejuruteraan dengan menggunakan kemudahan bas USM yang telah disediakan.

Selain daripada itu, calon pelajar dan ahli keluarga yang berminat berpeluang dibawa melawat dan melihat kemudahan makmal di pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA). Lawatan makmal ini bertujuan memberikan gambaran sebenar dan pendedahan awal mengenai bidang kejuruteraan awam.


photo 1

photo 2

photo 3

photo 4