Pengambilan Pelajar Baharu Sidang Akademik 2016/2017

student2Diisytihar sebagai APEX University (The Accelerated Programme for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia, Permohonan untuk mengikuti program pengajian di USM adalah SECARA TERUS KE USM TANPA MELALUI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (UPU) bagi IJAZAH PERTAMA. Universiti Sains Malaysia menerima permohonan yang sangat tinggi bagi setiap sidang akademik. Permohonan bagi setiap program yang ditawarkan adalah melebihi bilangan unjuran yang disediakan.

Setiap permohonan akan dinilai berdasarkan syarat dan kriteria kemasukan tertentu yang ditetapkan oleh Senat Universiti. Dasar pengambilan pelajar USM merangkumi tiga (3) aspek utama iaitu merit, potensi dan diversiti.

Kepada anda yang berminat menjadi seorang Jurutera Awam (Civil engineer) Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam menawarkan Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di USM. Untuk memohon kemasukkan baharu Sidang Akademik 2016/2017 ini terdapat 3 saluran telah disedia melalui online Pohon@USM iaitu Saluran Perdana, Saluran Alternatif dan Saluran International (pelajar luar negara). 

Untuk Saluran Perdana Pohon@USM ditawarkan Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa), Sidang Akademik 2016/2017, Permohonan terbuka kepada Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015, Lepasan STPM 2015, Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain. Permohonan dibuka : 18 Januari 2016 (Isnin, jam 12 tengah hari) dan ditutup : 04 April 2016 (Isnin, jam 12 tengah malam). Saluran Alternatif ialah saluran kedua khas kepada calon yang sedang bekerja yang sebelum ini tidak berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Universiti, khas bagi staf kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah, warga emas, sukan dan budaya; Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat membuka peluang kepada individu yang ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah. Saluran Internatioanal ialah untuk pelajar luar negara. Sila lawati Pohon@USM untuk memohon dan info terkini.

Sebagai langkah awal untuk anda menjadi seorang Jurutera Awam (Civil engineer), Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam yang menawarkan anda Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, tentunya menyediakan maklumat penting untuk memudahkan anda memilh program kami ini. Berikut kami senarai beberapa maklumat tersebut untuk anda lawati,

1. Ringkasan cara alir permohonan masuk ke USM, tarikh-tarikh penting, semakan keputusan dan lain-lain
2. International student admission
3. Our facilities and resources
4. What is Civil Engineering?
5. Job opportunities
6. Student activities
7. Our world ranking
8. How to get here
9. Annual Report 2007 (pdf),  Annual Report 2009 (pdf), Biennial Report 2010-2011 (pdf), Kalender PPKA 2014 (pdf)
10. Flyer of Undergraduate Prospectus (pdf)
11. Gambar Senarai Pelajar Tahun 1 (jpg)
12. Gambar Senarai Pelajar Tahun 2 (jpg)
13. Gambar Senarai Pelajar Tahun 3 (jpg)
14. Gambar Senarai Pelajar Tahun 4 (jpg)

Jika anda ingin membuat pertanyaan, sila hubungi kami di Bahagian Akademik Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam di talian 04 5996204 (talian terus) atau menghubungi webmaster di talian 019 4620855 (zulkifly hashim)