Lawatan Penanda Aras Jabatan Kejuruteraan Awam, UNIMAS Ke PPK Awam

unimasnov15aPusat Pengajian Kejuruteraan Awam berbesar hati menerima kehadiran delegasi dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang melakukan lawatan penanda aras (benchmarking) untuk Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam) baru-baru ini. Lawatan bermula dari 11 hingga 12 November 2015 yang diketuai oleh Dr Charles Bong Hin Joo bersama enam staf akademik iaitu Dr. Mohamad Raduan Kabit (ketua Jabatan), Dr. Delsye Teo Ching Lee, Dr. Norsuzailina Mohamad Sutan, Dr. Darrien Mah Yau Seng, Prof. Madya Dr. Siti Noor Linda Taib, Ir. Dr. Ting Sim Nee dan En. Jethro Henry Adam.

Tujuan lawatan delegasi UNIMAS ini adalah untuk mengadakan perbincangan bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam berkenaan dengan pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) dan pengalaman akreditasi yang telah dilalui pada tahun 2014. Ini diharap dapat dijadikan panduan dan persediaan dalam menghadapi proses akreditasi yang bakal dilalui oleh Program Kejuruteraan Awam di UNIMAS.

Dalam memenuhi keperluan ini, Ahli Jawatankuasa OBE pusat pengajian dan beberapa staf akademik dan teknikal membantu dalam memudahcara aktiviti penanda aras yang dilakukan. Program diteruskan dengan sesi benchmarking mengikut bidang bersama para pensyarah PPK Awam. Perbincangan yang dilakukan juga menyentuh aspek pelaksanaan Open Ended Lab, Projek Rekabentuk Bersepadu, Complex Engineering Problem dan sebagainya. Delegasi juga berkesempatan untuk melawat makmal-makmal di pusat pengajian sebagai salah satu pengisian dalam aktiviti benchmarking. Dalam pelaksanaan OBE ini, aspek Continual Quality Improvement (CQI) amat penting bagi memastikan hasil yang diharapkan dalam sistem program pendidikan yang dilalui oleh pelajar tercapai.

Pusat pengajian mengharapkan sesi penanda aras yang dilakukan mencapai matlamat lawatan dan berupaya untuk memantapkan lagi pelaksanaan OBE yang telah dilaksanakan sebagai satu budaya dalam pendidikan di universiti.

unimasnov15b

berita oleh Norasyidah Mohd Yusoff