Tahniah dan Selamat Datang Pelajar Baharu PPK Awam

undergrad13 September 2015, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM. Warga PPK Awam mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu ke dalam RUMAH PKKA. Seramai 81 pelajar baharu akan mendaftarkan diri buat pertama kali ke Pusat Pengajian dan mereka akan diberikan taklimat oleh Prof. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Mereka datang dari seluruh pelusok negara untuk mencapai satu cita-cita iaitu menjadi seorang Jurutera Awam yang bertauliah dan membanggakan keluarga masing-masing. Jadual padat pada hari ini, mudah-mudahan dapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanafaat untuk mereka sebagai panduan untuk selama 4 tahun mereka di sini.

Sekali lagi ucapan tahniah dan syabas diucapkan.