Anugerah PERSAMA 2014 (Sagu Hati)
Buku terbitan Penerbit USM tahun 2013 yang berjudul 'Theory of Structures' karya Taksiah A. Majid, Choong Kok Keong dan Mustafasanie M. Yussof telah terpilih menerima anugerah Sagu Hati Kategori Buku Karya Asli bagi Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2014.
Majlis Anugerah akan diadakan pada 24 November 2014, jam 7:45 petang di hotel Grand BlueWave, Shah Alam, Selangor. Pengarang akan menerima sijil dan wang tunai, manakala Penerbit USM akan menerima sijil penghargaan. Ketiga-tiga pengarang buku ini adalah daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM.
Semua warga PPKA mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka bertiga.