|
Tripod
merupakan sebuah lagi alat yang diperlukan dalam melakukan kerja
ukur aras.
|
|
Proses
pertama adalah mendirikan tripod dengan baik sebelum meneruskan
proses-proses berikutnya.
|
|
Jika
tripod tidang dipasang dengan teliti ia akan mempengaruhi kejituan
cerapan yang dibuat.
|
|
Kaki
tripod mestilah ditekan ke dalam tanah untuk mendapatkan kedudukan
tripod yang stabil.
|
|
Jika
cerapan dilakukan di lereng bukit, dua kaki tripod mestilah berada
di bawah manakala kaki ketiga pula digunakan untuk membawa kepala
aras tripod menghampiri aras supaya memudahkan proses pelarasan
sementara.
|
|
Setelah
alat aras dipasang diatas tripod, kedudukan alat aras dipastikan
agar benar-benar sefasa dengan melaraskan ketinggian ketiga-tiga
kaki tripod.
|