Prosedur Ukur aras

 

 

 

 

Alat aras dikeluarkan daripada kotaknya.

Periksa keadaan alat dengan teliti dan pastikan ia dalam keadaan baik sebelum digunakan.

 

 

 

 

Alat aras tadi dipasangkan pada tripod yang telah didirikan .

Pelarasan sementara dilakukan ke atas alat aras sebelum cerapan dilakukan.                                  

 

 

 

 

Staf dikeluarkan daripada sarungnya.

Periksa staf daripada sebarang kecacatan khususnya pada senggatan.

 

 

 

 

Staf didirikan secara tegak diatas OBM iaitu tapak staf berada.

Bacaan akan diambil dan nilai ini adalah PB (Pandangan belakang)

 

 

 

 

 

Pemegang staf akan bergerak ke titik alih

Pastikan jarak yang diambil hendaklah lebih kurang jarak dari alat ke titik pertama tadi.

 

 

 

 

 

Bacaan staf pada kedudukan ini diambil.

Nilai ini merupakan PH (pandangan hadapan)

 

 

 

 

 

Alat aras dipindahkan ke titik seterusnya.

Bacaan diambil sebagai PB untuk kedudukan staf yang sama. 

Langkah diatas diulangi sehingga titik akhir dimana staf didirikan pada titik yang diketahui RLnya.

Ini penting kerana kerja ukur aras mesti bermula dan berakhir pada titik yang diketahui aras larasnya.

 

 

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4


                                                             Langkah 5

 

Langkah  6

Langkah 7