MENDIRISIAP 

TIODOLIT

 

 
 
  1. Kakitiga didirisiapkan dahulu di atas stesen dan ketinggiannya disesuaikan dengan pencerap. Kemudian barulah tiodolit dipasang pada kepala kakitiga.
  2. Jika ladung tidak digunakan pemusatan harus dilakukan dengan menggunakan plumet optik. Sebelum pemusatan dilakukan pengarasan perlu dilakukan supaya tiodolit benar-benar tegak.
  3. Pengarasan dilakukan seperti alat ukur aras
  4. Pengetat pemusatan  di bawah trivet dilonggarkan  untuk membenarkan tiodolit digerakkan sedikit di atas kepala trivet. Tanda di tanah dilihat melalui plumet optik dan alidad diletakkan pada kedudukan supaya rerambut plumet bersilang dengan tanda di tanah.
  5. Pengarasan dilakukan semula kerana ia mungkin mengganggu alat yang telah diaraskan dan dipusatkan.
  6. Apabila siap, paralaks dihapuskan dengan memfokuskan rerambut dengan tepat pada latarbelakang yang bercahaya terang dan pada sasarannya.
  7. Tiodolit telah siap didirikan bacaan boleh diambil.

 

 

 

 

 

wpe2.jpg (8765 bytes)

Mvc-023s.jpg (40886 bytes)
Mvc-008s.jpg (45711 bytes)