Kaedah kerja terbahagi kepada 2 iaitu:
Rajah 1
Kaedah kerja:
Rajah
2
Kaedah kerja:
Sediakan petak-petak grid. Ini boleh dilakukan menggunakan pelbagai cara. Cara yang biasa digunakan ialah menggunakan pita ukur dan 'opticac square.
Titik-titik persilangan antara grid-grid ditandakan dengan menggunakan piket kayu.
Sela grid (grid interval) ditentukan berdasarkan keadaan dan keluasan tanah yang diukur. Jika keadaan tanah agak rata iatu tidak berbukit, maka tidak perlulah dicerap terlalu banyak titik persilangan.
Lukiskan satu rajah kasar ( sila rujuk rajah di atas) dan tandakan titik-titik persilangan grid tersebut dengan menggunakan nombor -nombor yang sesuai.
Dirisiapkan alat tiodolit pada mana-mana titik yang bersesuaian, misalnya titik B.
Dirisiapkan staf pada mana-mana titik persilangan grid. Catatkan bacaan sudut pugak, stadia atas, stadia tengah dan stadia bawah, tinggi alat dan titik persilangan grid.
Cerap kesemua titik-titik yang dapat dilihat dan kemudian pindahkan alat tiodolit ke stesen yang lain.
Ulangi langkah 6 dan 7 sehingga kesemua titik-titik yang ditandakan dicerap.