School of Civil Engineering USM
OBE implementation since 2006

Who's Online

Home

Announcement, Notice and Job Opportunity for Student and Staff

Announcement, Notice and Job Opportunity (Forum & Buletin USM)

PROJEK BEKALAN AIR BERSIH KAMPUNG LANGKOR JADI MODEL CONTOH
Written by Administrator   
Tuesday, 12 August 2014

SUNGAI SIPUT (U), 11 Ogos 2014 – Projek bekalan air bersih untuk masyarakat orang asli Kg. Langkor, Sg. Siput (U), Perak akan diangkat menjadi antara projek komuniti contoh yang menepati strategi lautan biru kebangsaan (NBOS).

Projek inisiatif USM tersebut adalah bagi menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk Kampung Langkor yang meliputi 23 buah rumah dengan isi rumah seramai 141 orang.

ZainiUjang 3680

Kampung Langkor terdahulu adalah salah sebuah kampung orang asli dari suku Temiar yang masih belum menerima bekalan air bersih dan mereka juga didapati masih menggunakan sumber air dari sungai yang mudah tercemar oleh racun rumpai dan bahan kimia daripada aktiviti pertanian di ladang kelapa sawit, getah dan tanaman lain yang berdekatan.

ZainiUjang 3703

NBOS adalah satu inisiatif kerajaan untuk mencari projek-projek institusi pengajian tinggi yang berjaya membangunkan dan memberi impak besar kepada komuniti untuk diketengahkan dan menjadi contoh kepada projek-projek lain.

ZainiUjang 3737

Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, pihaknya akan menerbitkan kejayaan projek Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) itu ke bentuk dokumentari video.

ZainiUjang 3720

Katanya, penerbitan tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak bagi menonjolkan sumbangan universiti ke arah memperkasakan komuniti khususnya masyarakat kurang berkemampuan.

ZainiUjang 3781

“KPM mahu projek ini menjadi contoh kepada semua pihak untuk menjalankan inisiatif serupa bagi pembangunan luar bandar. KPM amat berpuas hati melihat kejayaan dan perkembangan projek ini yang memberi impak kepada komuniti orang asli di sini,’’ katanya.

ZainiUjang 3813

“Kita tidak lagi mahu pakar-pakar atau cendekiawan kita hanya berada di menara ilmu semata-mata. Universiti bertanggungjawab membawa kepakaran yang ada ke tempat-tempat sebegini bagi membantu menambahbaik kelangsungan hidup masyarakat di sini,’’ tambahnya.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika mengadakan lawatan kerja ke Projek Bekalan Air Untuk Masyarakat Kurang Mampu Kg. Langkor, Sg. Siput, Perak, di sini semalam. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang, Bahagian Sungai Siput, Dato’ Mohd Zolkafly Harun.

ZainiUjang 3846

Turut menyertai lawatan itu ialah Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM, Prof. Dr. Abd. Aziz Tajuddin yang mewakili Naib Canselor, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan.

 

Projek yang diketuai oleh pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Prof. Ir. Dr. Hj. Mohd Nordin Adlan itu merupakan satu program yang sangat berpotensi dikembangkan (replicated) di kawasan atau komuniti lain.

 

ZainiUjang 3682

Projek yang dimulakan pada 11 Jun 2012 dan telah melalui sesi khusus penyerahan kepada komuniti pada 17 November 2013 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM163,455.00 ini mendapat pembiayaan daripada Universiti Sains Malaysia sebanyak RM43,455.00 serta sokongan yang kuat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapatkan peruntukan sebanyak RM120,000.00 daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

ZainiUjang 3902

Nordin semasa sesi taklimat projek di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Daerah Kuala Kangsar, Sg. Siput berkata banyak cabaran yang telah ditempuhi sepanjang menjalankan projek ini. Walau bagaimanapun, semua cabaran telah berjaya diselesaikan hasil kerjasama dan komitmen yang begitu baik daripada semua pihak yang terlibat.

ZainiUjang 3901

Selain daripada kejayaan membekalkan air bersih kepada penduduk kurang mampu, projek ini mempunyai nilai-nilai libatsama komuniti yang sangat tinggi serta berkemampuan di jadikan sebagai salah satu projek “flagship” yang boleh dikongsi USM dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti institusi pengajian tinggi dalam negara dan luar negara serta agensi-agensi kerajaan mahupun agensi bukan kerajaan, khususnya di rantau Asia Pasifik atau Asia Tenggara.

ZainiUjang 3964

Projek bekalan air ini mempunyai keunikannya yang tersendiri, antaranya menggunakan Penuras Kasar Aliran Mendatar yang pertama kali dibina di Malaysia dan media batu kapur yang pertama kali dibina untuk sistem penurasan.

ZainiUjang 3971

Penuras ini juga telah dapat mengeluarkan air bersih untuk digunakan secara berterusan tanpa gangguan selain membantu mendidik masyarakat orang asli kaum temiar menyelenggara dan memperkasa sistem ini dengan bantuan kepakaran dari USM.

(Teks di atas dipetik daripada Berita Portal Rasmi USM tulisan Marziana Mohamed Alias)
Teks diolah oleh: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli

Last Updated ( Tuesday, 12 August 2014 )
 
Pembinaan Telaga Untuk Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Kasih
Written by Administrator   
Thursday, 03 July 2014

Pada 28 Julai 2014, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam telah berjaya membina satu telaga untuk keperluan komuniti Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Kasih Ulu Sepetang, Taiping, Perak. Projek ini adalah kerja komuniti dengan bantuan dana daripada BJIM USM, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, HELWA, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan juga pihak luar. Pengalian dilakukan dengan kedalaman telaga lebih kurang 15 meter. Pemasangan pam pula selesai dilakukan pada 2 Julai 2014 dengan beberapa ujian asas dilakukan supaya pam dapat berfungsi dengan baik.

Menurut Ketua Projek, Professor Hj. Nordin Adlan, projek ini dibuat susulan keperluan air yang banyak diperlukan oleh Rumah Nur Kasih dan kos air sedia ada yang tinggi. Terdapat 54 penghuni di Rumah ini dengan 3 bangunan utama. Dengan itu, USM menawarkan bantuan kepakaran dengan menyediakan telaga ini untuk mengatasi masalah tersebut dan juga kepakaran USM untuk menganalisa air telaga ini dan membuat rawatan jika perlu. Dijangkakan dengan adanya telaga ini dapat meringankan beban kos operasi dan keselesaan penghuninya bertambah baik.

Last Updated ( Thursday, 03 July 2014 )
 
PPKA CEMERLANG DI ITEX 2014
Written by Administrator   
Tuesday, 20 May 2014

 

Profesor Dr. Fauziah Ahmad, Prof. Madya Ahmad Shukri Yahaya dan Mohammad Tabarroki

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan kecemerlangan dalam Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-25 dengan meraih tiga lagi anugerah khas.

Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah yang juga pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr Fauziah Ahmad dianugerahkan Pingat Emas dan Pingat Istimewa : Vifotec Award For The Best Women Inventer melalui software untuk analisis kecerunan yang dinamakan USlopeM-An innovative slope stability software.

"USlopeM lebih mudah dan lebih tepat digunakan berbanding analisis secara manual walaupun para pelajar dikehendaki mempelajari kaedah manual semasa sesi pembelajaran," kata Fauziah yang melahirkan rasa syukur kerana terpilih untuk menerima anugerah daripada Vietnam tersebut.

"Ini adalah kali keenam saya menerima anugerah khas melalui pelbagai kajian yang telah saya jalankan iaitu empat anugerah daripada Korea, masing-masing satu daripada Vietnam dan Sweden.

Last Updated ( Tuesday, 20 May 2014 )
 
‘DEVELOPMENT OF A PORTABLE WATER SAMPLER’ CLINCH GOLD AWARD IN i-ENVEX 2014
Written by Administrator   
Friday, 18 April 2014

Congratulations to Dr Mohd Remy Rozainy and his team for invention of a portable water sampler which has managed to bring home a gold award at International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX 2014) in the Agriculture, Environmental and Renewable Energy Category.i-ENVEX 2014 which were held at Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) from 11/4/2014 until 13/4/2014 involved more than 500 participants from local and international universities.

Other members of the team are Mr Ali Huddin Ibrahim, Azura Abdul Rahman and Warid Wazien Ahmad Zailani. Special acknowledgement from research team to School Of Civil Engineering USM and all those who contributed to this success.

Last Updated ( Friday, 18 April 2014 )
 
Success at EUWIIN 2013 Stockholm, Sweden
Written by Administrator   
Wednesday, 11 December 2013

In the recently concluded EUWIIN 2013 held in Stockholm Sweden from 27-28 November 2013, Professor Fauziah Ahmad has
clinched two awards :
(a)Winner overall international category 2013 and
(b)Special recognition award for inspiring achievement by Global Women Inventor and Innovators networking.

Congratulation to Professor Fauziah and her team.

Last Updated ( Wednesday, 11 December 2013 )
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 9 of 11

Research Links

Disaster Research Nexus

Waktu Solat P. Pinang