WAKIL PPKA JUARA PETANQUE (ANGKASA) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

IMG20190616185338a

Pulau Pinang, 16 Jun 2019 -  Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah menganjurkan satu Kejohanan petanque peringkat negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Gelanggang Petanque, SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth, Pulau Pinang. Seramai lebih daripada 150 peserta seluruh Pulau Pinang yang terdiri daripada 35 Pasukan lelaki dan 20 pasukan wanita. Format pertandingan adalah kategori triple lelaki dan wanita.

IMG20190616184908b

USM tidak ketinggalan dengan menghantar 4 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita yang masing-masing mewakili Koperasi USM Bhd, Koperasi Siswa USM Kejuruteraan Bhd, Koperasi KKSSK Bhd dan Koperasi Siswa USM Bhd.

IMG20190616184908a

Penyertaan kali ini tidak mengecewakan apabila untuk kategori lelaki berjaya muncul juara dan untuk kategori wanita pula mendapat tempat ke 3. Kategori lelaki diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol, Nabil Fikri Idris (EE, 2) dan Muhammad Azman Umardin (Sains Kemasyarakatan, 2). Kemenangan ini membuatkan pasukan lelaki berjaya mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kedah pada 23-25 Ogos 2019. Pasukan wanita pula diwakili oleh Junaidah Abdullah (Sarjana Kej. Awam), Siti Aminah Mat Fauzi (Pengurusan, 4), Nur Maisarah Mohd Jamil (Sains Kemasyarakatan, 1)

IMG20190616184908c

Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada para pemenang yang berjaya mengharumkan nama USM. Semoga pasukan petanque USM akan terus berjaya diperingkat kebangsaan nanti. Selamat maju jaya diucapkan.