USM, JKSB JALIN KERJASAMA OPTIMUMKAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN

G2P 7258

USM, PULAU PINANG, 18 April 2019 – Universiti Sains Malaysia (USM) menjalin kolaborasi strategiknya dengan rakan industri, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) yang menguruskan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bagi mengoptimumkan pembangunan bidang kejuruteraan, baik secara teori mahupun praktikal.

Kerjasama pintar yang dimeterai melalui penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) itu antara lain akan berfokus kepada dasar latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri.

DSC 0242

Selain itu, kerjasama itu juga akan melibatkan program industrial talk, pembangunan bakat menjurus kepada peringkat siswazah, penyelidikan khusus seperti Structural Health Monitoring dan Intergrated Asset Management Systems (IAMS) dan lain-lain yang difikirkan perlu di masa hadapan. 

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk membantu dan menyokong di antara satu sama lain bagi mewujudkan dan membangunkan program penyelidikan, pendidikan dan latihan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Beberapa agenda strategik di bawah kerjasama ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut termasuk dalam bidang penyelidikan yang boleh memberi impak kepada kedua-dua pihak termasuk pembangunan pendidikan tinggi dan kebolehpasaran graduan kejuruteraan yang berkualiti dan memenuhi aspirasi industri,” katanya.

G2P 7266

G2P 7186

G2P 7193

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena majlis penandatanganan MoU berkenaan yang mana JKSB diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Dato’ Zamimi Awang.

Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah; Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM, Profesor Dr. Taksiah A. Majid; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Arjunaidi Idrus serta pengurusan tertinggi USM dan JKSB.

G2P 7229

Zamimi pula dalam ucapannya berkata, pemilihan USM sebagai rakan strategik adalah manifestasi kepada USM selaku universiti penyelidikan utama Malaysia yang disifatkan sentiasa berusaha meningkatkan dan mengukuhkan program pendidikannya. 

“Komitmen USM dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang diambil untuk memacu kecemerlangan pendidikannya. USM turut dilengkapi kemudahan infrastruktur penyelidikan dan pengajaran serta pengalaman pakar-pakar dari pelbagai disiplin ilmu khususnya kejuruteraan,” katanya.

G2P 7226

Tambah beliau, kerjasama berkenaan akan menjadi lebih bersinergi apabila JKSB pula, selain sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, ia merupakan pemain industri dalam bidang kejuruteraan awam yang telah menempa pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara.

G2P 7109

DSC 0318

DSC 0312

Teks: Marziana Mohamed Alias
Photo: Media@PPKA