PROFESOR BADORUL HISHAM ABU BAKAR PENERIMA ANUGERAH STANDARD DAN AKREDITASI KEBANGSAAN, 2017

DSC 3933A

Profesor Badorul Hisham Abu Bakar telah menerima Anugerah Standard Kebangsaan, 2017 pada 27hb. Feb. 2018 di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur. Anugerah berprsetij ini disampaikan Presiden ISO, Mr. John Walter dan Setiausaha Agung ISO, Mr. Sergio Mujica adalah merupakan tanda penghargaan Jabatan Standard Malaysia kepada individu dan organsasi yang telah banyak memberi sumbangan dalam memajukan bidang standardisasi dan akreditasi Malaysia.

Beliau telah terlibat dalam beberapa Jawatankuasa kumpulan kerja (Working Group Committee) dan Jawatankuasa Teknikal Struktur Kayu (Technical Committee) mulai 1999 di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Malaysia dan kemudiannya diletakkan dibawah Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB). Pada masa yang sama, beliau juga dilantik menganggotai beberapa jawatakuasa kerja Brick/Block serta Jawatankuasa ISCD di bawah SIRIM/Jabatan Standard Malaysia. Di atas pengalaman dan dan kesungguhan yang dipamerkan, beliau kemudiannya dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Brick/Block (TC) di SIRIM mulai 2003 sehingga ke saat ini dan juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Struktur Kayu mulai 2013 (TC-Timber Structures).

DSC 3921Aa

Beliau seringkali menganggotai delegasi ISO/TC 165 keluar negara bagi mewakili Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dan juga kerajaan Malaysia dalam Jawatankuasa ISO bagi menjaga kepentingan Malaysia dalam industri perkayuan. Setakat ini beliau telah mewakili kerajaan Malaysia di ISO/TC –165 Timber Structures di Australia, Sweden, Bourdeaux, Germany dan Austria. Hasil usaha beliau ini telah menghasilkan puluhan Standard Malaysia bagi Timber Structures/Bricks and Blocks dalam memajukan industri pembinaan Malaysia.

DSC 3928A

Kejayaan ini bukan sahaja sumbangan beliau secara individu tetapi juga merupakan sumbangan Universiti Sains Malaysia kepada Negara.