Welcome Future Civil Engineering Students

farhan2Dear parents and students,

First of all, allow me to wish you all blessings and glad tidings, and at the same time to thank you for visiting our web site.

The field of Civil Engineering has been and will continue to play the role as the major catalyst of development and as such, our graduates have always been sought after by the industry and the government sector. The Government and the private sector have invested substantially on the infrastructure, and recent years have witnessed large-scale investments in the transportation and the oil and gas sectors, whilst the building and other utility sectors continued to be given attention for development.

The construction, operation and maintenance of all these infrastructures and buildings will require many civil engineers, and our program, the Bachelor of Engineering (Honours) Civil Engineering; arguably the best in the country, has been consistently producing able and competent graduate civil engineers since 1993.

As Malaysia approaches the year 2020, the attention of the country will not only develop and construct new infrastructures only, but we are now challenged to maintain and sustain our facilities. The concept of “Sustainable Infrastructure” is our main thrust, and this will ensure that future generations will continue to enjoy the infrastructure and facilities, and more importantly, we are also preparing for a more resilient infrastructure, in light of the erratic change in the global climate.

We are committed towards quality outcome-based civil engineering education. Our program has been accorded a five-year accreditation status by the Board of Engineers Malaysia through the Engineering Accreditation Council (EAC), which also assures our graduate to be able to work in the global market through the “Washington Accord” agreement. Our strength in research, as well as our active participation insolving problems of the community, government and the industry will only enrich our student’s education.

Please browse through our website, and I hope it will help you to make your decision to join us coming September for the beginning of the 2016/2017 Academic year.

If you have any question, please feel free to contact me at cefrhn@usm.my.

Best wishes,

PROFESSOR DR. AHMAD FARHAN BIN MOHD SADULLAH

Dean
School of Civil Engineering
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Join Us! September 2016 Intake

Selamat Datang kepada semua bakal pelajar Kejuruteraan Awam

Ibubapa dan para pelajar yang saya hormati,

Buat permulaan kalam, izini saya mengucapkan salam kepada semua, dan dalam masa yang sama terima kasih kerana melawat laman web kami.

Bidang Kejuruteraan Awam telah dan akan terus menjadi pemangkin utama pembangunan Negara.   Oleh demikian, hasilnya, graduan kami sentiasa dicari oleh majikan dari kedua-dua sektor kerajaan dan industri. Kerajaan dan pihak swasta telah melabur secara signifikan dalam pembangunan infrastruktur, dan kebelakangan ini, Negara sedang menyaksikan pembangunan berskala besar dalam sektor pengangkutan dan sektor gas dan minyak, di samping sektor bangunan dan utiliti lain yang terus berkembang pesat.

Pembinaan, operasi dan penyenggeraan semua infrastruktur dan bangunan ini memerlukan bilangan jurutera awam yang banyak, dan program kami, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Awam telah menghasilkan graduan kejuruteraan awam yang kompeten dan berdaya saing semenjak 1993.

Menjelang tahun 2020, Negara sekarang ini perlu bukan sahaja membangunkan infrastruktur baharu, tetapi perlu mengekalkan kebolehupayaan infrastruktur ini untuk kesejahteraan rakyat. Konsep “Infrastuktur Mampan” merupakan teras utama kami dan ini akan mempastikan generasi akan datang akan terus mengecapi kemudahan dan infrastruktur, terutamanya untuk menjadikannya lebih berdaya tahan, terutamanya dalam menghadapi perubahan tidak menentu akibat perubahan cuaca (climate change)

Kami memberikan komitmen tertinggi untuk memberikan pendidikan kejuruteraan berteraskan hasil (Outcome-based education). Program kami telah menerima akreditasi selama 5 tahun dari Lembaga Jurutera Malaysia melalui Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC), dan dalam masa yang sama membolehkan graduan kami untuk bekerja di pasaran global melalui pemetraian “Washington Accord”. Kekuatan kami dalam penyelidikan, dan juga penglibatan aktif kami dalam penyelesaian masalah masyarakat, kerajaan dan industri pasti akan memberi nilai tambah kepada pendidikan pelajar kami.

Layarilah laman web kami, dan saya berharap maklumat dan pengalaman yang kami berikan akan membantu anda membuat keputusan untuk bersama dengan kami di Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM menjelang September 2016 untuk memulakan pengajian anda di sini untuk kemasukan Tahun Akademik 2016/2017.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di cefrhn@usm.my

Salam hormat, dan terima kasih.

PROFESSOR DR. AHMAD FARHAN BIN MOHD SADULLAH

Dekan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Sertai Kami! Pengambilan September 2016