Kemenangan 2 anugerah khas, 2 pingat emas dan 1 pingat perak di Kaohsiung International Invention and Design EXPO (KIDE 2015)

IMG 1954Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Kejuruteraan Awam atas kemenangan 2 anugerah khas, 2 pingat emas dan 1 pingat perak sewaktu di pertandingan Kaohsiung International Invention and Design EXPO (KIDE 2015) yang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan pada 4-6 Disember 2015. Sebanyak lebih daripada 400 produk telah dipertandingan sempena KIDE 2015 yang turut disertai oleh negara-negara seperti Kanada, USA, Korea, Taiwan, Romania, Poland, Thailand, Indonesia, Mesir dan sebagainya.



Kemenangan manis ini diperolehi hasil daripada 3 produk yang telah disertai oleh Prof. Ir. Dr. Nordin Adlan, Prof. Mohamad Abu Bakar (P.P. Sains Kimia), Dr. Mohd Azmier Ahmad (P.P. Kejuruteraan Kimia), Dr. Noor Hana Hanif Abu Bakar (P.P. Sains Kimia), Dr. Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol, Dr. Mohamad Fared Murshed, Dr. Tan Wei Leng (P.P. Sains Kimia). Tahniah juga kepada Prof. Madya Dr. Taksiah A Majid yang banyak membantu menjayakannya.

Antara produk yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
1. CASCADE AERATOR: The Effect of Flowrate and Limestones Size on the Removing of Iron and Manganese
2. PORAC: Physiochemically Optimized Rubber Seed Coat Activated Carbon
3. Bifunctional NR-Ag Membranes: Economical Dye Contaminant Removal.

Antara peserta yang turut menyumbang dalam kejayaan ini adalah Puan Rhahimi Jamil, Cik Azrin Mohd Sanusi, Cik Nurul Hasliza Binti Hasanuddin dan En. Mohamad Firdaus Mohamad Yusop.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan inovasi kali ini. Semoga kejayaan ini dapat menyumbang kepada kejayaan-kejayaan yang lain pada masa mendatang.
IMG 1996