Majlis Sambutan Pelajar Baharu Pra-siswazah

student 14 Sept. 2014. Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam pagi ini menerima seramai 71 pelajar baharu bagi mengikuti Semester 1 Sidang Akademik 2014/2015. Satu majlis khas di adakan untuk mereka terutama untuk pertemuan pertama mereka dengan para pensyarah dan staf lain di Pusat Pengajian.

Majlis pagi ini diadakan di Bilik Seminar Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Pelajar diberikan taklimat awal oleh Dekan Pusat Pengajian, tayangan video dan kemudiannya sesi fotografi bersama. Taklimat awal ini amat penting kepada pelajar untuk mereka kenalpasti langkah seterusnya selepas mendaftar diri.

Selepas sessi fotografi, pelajar naik ke Bilik seminar 2 untuk bersarapan bersama staf dan diberikan kepada beberapa kumpulan khas yang akan dikendalikan oleh beberapa pensyarah untuk setiap kumpulan. Pelajar-pelajar kemudiannya di berikan taklimat akademik oleh Timbalan Dekan Akademik, Prof Madya Dr. taksiah A. Majid di Bilik seminar 1. Majlis pagi ini berakhir jam 1.00 petang.

student2Sekali lagi Pusat Pengajian mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar baharu Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM