Azura Dipilih Menerima Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan UEM

azuraPusat Pengajian Kejuruteraan Awam mendapat berita yang membanggakan pusat pengajian apabila pelajar tahun 4 iaitu saudari Azura Abdul Rahman telah dipilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan daripada pihak United Engineer Malaysia (UEM). Saudari Azura  membangunkan projek "Portable  Lightweight Water Sampler for Various Water Bodies" di bawah seliaan Dr. Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol dan En. Ali Huddin Ibrahim. 
 
Hadiah kecemerlangan ini dianugerahkan kepada pelajar tahun akhir berdasarkan kepada projek tahun akhir mereka yang memberi impak kepada dunia kejuruteraan. Anugerah UEM ini akan diadakan pada 21 Oktober 2014 bertempat di Mercu UEM, KL Sentral. Antara tetamu kehormat yang dijemput hadir adalah Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah UEM, Naib Canselor USM, Dekan PPKA, pegawai-pegawai universiti dan pusat pengajian. Setinggi tahniah diucapkan kepada saudari Azura kerana sekali lagi membanggakan USM dan khususnya PPKA. Syabas.