Konvo ke-50 USM

konvo5Tahniah di atas kejayaan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM yang telah menamatkan pengajian mereka. Mereka telah menghadiri Upacara Konvokesyen USM Ke-50 untuk penganugerahan Ijazah masing-masing. Tahniah dan syabas kepada anda semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga mereka bergraduan.

Upacara Konvokesyen telah diadakan pada 5 - 9 November 2014 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) Kampus Induk USM dan melibatkan sembilan (9) sidang. Pihak Pengurusan Pusat Pengajian juga hadir bersama dan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar.