Kunjungan Kolaborasi Fakultas Teknik Sipil, Universiti Sumatra Utara ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia.

IMG 3472W

Nibong Tebal, 9 Julai 2018 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam telah dikunjungi rombongan staf akademik Departmen Teknik Sipil, Universitas Sumatra Utara yang diketuai Prof. Dr. Ing. Johannes Tarigan.

Di samping itu, rombongan tersebut juga disertai Prof. Dr. Ing. Harianto Hardjasaputra dari PRADITA Institute, Banten, Indonesia. Kunjungan berkala ini adalah bertujuan untuk mempertingkat dan memperkukuhkan usahasama dalam penyelidikan , penyeliaan bersama serta meneroka peluang-peluang untuk melanjutkan pengajian. Kunjungan ini telah disambut Prof Dr Taksiah Abd Majid, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia. Satu sessi sambutan dan dialog diadakan sejurus selepas ketibaan rombongan di bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam.

IMG 3489W

Untuk kunjungan pada kali ini, satu sessi ‘Talk@PPKA’ dibentangkan Prof. Dr. Ing. Johannes Tarigan dan Prof. Dr. Ing. Harianto Hardjasaputra. Tajuk pembentangan ialah “Application of space truss element in the design of coal yard dome construction” dan “ UHPC : Research and Application”. Sessi ini dihadiri pelajar pertukaran dari Universiti Peranchis, pelajar Ijazah Tinggi PPKA dan kakitangan akademik PPKA.

DSC 0022

Aktiviti seterusnya ialah perbincangan tentang progress dan prestasi pelajar PhD Nursyamsi yang merupakan pelajar hasil kolaborasi dan penyeliaan bersama. Prof. Dr. Ing. Johannes Tarigan (Penyelia Utama dari USU), Prof. Dr. Ing. Harianto Hardjasaputra (Penyelia Bersama dari PRADITA Institute) dan Prof Dr Badorul Hisham Abu Bakar (Penyelia bersama dari USM).

DSC 0024W

IMG 3501W

Kesimpulannya, kunjungan ini membuahkan hasil yang positif antara USU, USM dan PRADITA Institute untuk saling bantu membantu diperingkat antarabangasa serantau untuk terus maju ke hadapan.

 

Texts: Prof. Badorul Hisham
Photo : Media@PPKA