TAHNIAH sempena I-ENVEX 2018

i envex 1

KANGAR, 15 April 2018 - Universiti Sains Malaysia telah menghantar dua produk hasil penyelidikan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam.

Salah satu produk iaitu Accelerated Laboratory Vacuum Saturator telah memenangi Double Gold Award dan Special Award dari Wiipa yang dipelopori oleh Prof. Dr. Meor Othman Hamzah, Dr. Mohd Rosli Mohd Hasan, Mr Mohd Fouzi Ali, Mr Zulhairi Arifin, Mr Teh Sek Yee dan Mr Sharvin Poovaneshvaran.

i envex 2

i envex 3

Manakala satu lagi produk iaitu NR-b-PVP Photo Dye telah membawa pulang Gold Award yang diwakili oleh Prof. Madya. Dr. Mohd Remy Rozainy Mod Arif Zainol, Dr Noor Hana Abu Bakar, Mr Muhd Faiz Syazwan bin Md Razif dan Mr Hamzah Atef Akramah
 
I-ENVEX pada tahun ini melibatkan peserta bukan sahaja dari Malaysia,  tetapi lebih daripada 17 negara yang lain antaranya, Korea Selatan, India, Kanada, Romania dan Amerika Syarikat. Pertandingan ini dibahagikan untuk pelbagai kategori dan melibatkan penyertaan dari sekolah dan juga universiti. 
 
Sekalung Tahniah daripada warga PPKA kepada pemenang di  i-ENVEX 2018