MAJLIS PENYAMPAIAN CEK “EDUCATION FUND FINANCIAL ASSISTANCE” REAM

DSC 0013a

Nibong Tebal, 14 Februari 2018Seramai 7 pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) telah menerima sumbangan berbentuk cek daripada Road Engineering Association of Malaysia (REAM).

Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Taksiah A. Majid.

Pelajar berkenaan ialah Arina Maghfirah Binti Muslikhin (Tahun 2), Mohamad Hafizie Bin Mat Rowi (Tahun 2), Ngo Siew Ting (Tahun 3), Nor Fauzian Binti Mohd Dzaki (Tahun 3), Mohamad Eizlan Haqimi Bin Mat Zain (Tahun 3), Nurul Azimah Binti Mohd Saip (Tahun 3) dan Siti Najihah Binti Mohd Ali (Tahun 4).

Turut hadir Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) Profesor Dr. Megat Azmi Megat Johari, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Siswazah dan Jaringan) Profesor Madya Ir. Dr. Chong Kok Keong dan Profesor Dr. Meor Othman Hamzah.

DSC 0005aa

DSC 0007a

DSC 0008a

DSC 0009a

REAM merupakan satu badan pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1993 yang aktif terlibat dalam aktiviti-aktiviti memperbaiki industri jalan raya Malaysia dan juga mewakili Malaysia dalam Road Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA). Sejak penubuhan Dana Pendidikan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) REAM pada tahun 2010, sejumlah RM360,000 telah disampaikan kepada 325 pelajar terpilih sepanjang tahun.

ream

Sebelum itu, satu majlis Gala Dinner REAM telah diadakan pada 21 Januari 2018 berlangsung di Sime Darby Convention Centre yang telah dihadiri oleh YB. Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof Menteri Kerja Raya. Dalam majlis ini penyampaian “mock cheque” disampaikan kepada 10 wakil pelajar dari Universiti Awam.
Pelajar tahun 2 Arina Maghfirah telah mewakili Universiti Sains Malaysia pada malam itu.

Teks : Siti Zaharah Jemaron
Foto: Media PPKA