MOTIVASIKAN DIRI JADI JURUTERA KOMPREHENSIF

DSC 1712

 

NIBONG TEBAL, 7 Februari 2017 – Jurutera yang berkualiti adalah jurutera yang berlandaskan kepada dunia sekeliling dan bersifat menyeluruh.

Berikut adalah seperti yang disampaikan oleh Tuan Haji Mazlee Md Ramlee, Ketua Pengawai Esekutif A1 Group kepada lebih kurang 80 orang jurutera yang terdiri daripada Pensyarah dan Pelajar dari Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.  

DSC 1703 1

DSC 1719

DSC 1730

“Selain daripada itu, seorang jurutera yang baik juga perlu sentiasa bersedia untuk menyumbang semula segala ilmu yang dipelajari kepada masyarakat secara praktikal. “Setiap ilmu perlu digunapakai ke arah yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat kita dalam kehidupan seharian mereka,” tambah beliau.

Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria yang hadir turut menyatakan sokongan beliau dalam meletakkan kualiti jurutera sebaris dengan kualiti kerjaya-kerjaya profesional yang lain di Malaysia. “Saya sangat menggalakkan jurutera-jurutera kita untuk sentiasa bersedia memajukan diri secara jitu. “Malah, dengan adanya kursus seperti ini akan membuka lebih banyak peluang kepada para jurutera kita dalam meningkatkan kelulusan profesional masing-masing melalui cara yang betul dan tepat,” kata Azazi lagi  

DSC 1769

Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Kualiti & Akreditasi, Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan USM diadakan dengan tujuan untuk menyampaikan taklimat dan garis panduan dalam mendapatkan kelulusan profesional di landasan yang cepat serta berkesan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman