SYARAHAN UMUM PROFESOR – ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN PENGURUSAN KUALITI UDARA

6nar DIGITAL BACKDROP BBBB

NIBONG TEBAL, 22 Disember 2017 – Profesor Dr. Nor Azam Ramli melalui Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor telah mengupas akan isu dan cabaran dalam menyumbangkan pembangunan pengetahuan berkaitan kualiti udara di Malaysia di sini hari ini.  Menyingkap masalah pencemaran sebagai pembuka ceramah, beliau menyatakan bahawa salah satu daripada penyebab utama kepada pencemaran udara di Malaysia adalah melalui pembangunan yang di luar kawalan.

“Permukaan jalan yang tidak berturap dan penerokaan tanah yang tidak terkawal ini akan menghasilkan lebih banyak debu dan dibawa angin ke tempat lain hingga seterusnya menggalakkan pencemaran udara di negara kita,” katanya.Selain daripada kesan pencemaran yang sedang terjadi seperti jerebu serta Ribut Taufan Cylon, antara isu utama yang diperbincangkan dengan lebih terperinci adalah kesan dan bahaya ozon kepada manusia. “Apatah lagi, pencetus kebimbangan yang paling utama pada hari ini adalah dengan penghasilan ozon permukaan yang mula terjadi pada waktu malam memandangkan sebelum ini penghasilan berlaku pada waktu siang.

G2P 9517           DSC 0354a

DSC 0329a

G2P 9439c     DSC 0268a 

“Bahaya ozon di permukaan ini adalah ianya akan menjadi penyebab kepada kanser kepada mereka yang sering terdedah terhadapnya,” jelas beliau yang turut berharap agar undang-undang dalam meningkatkan kualiti udara bersih di Malaysia dapat dilaksanakan di masa akan datang.Namun demikian, menurut Profesor Dr. Nor Azam, belum wujud perlaksanaan yang spesifik dan terperinci sedang dilakukan dalam mengatasi masalah ini di Malaysia dan beliau turut menyeru agar tanggapan masyarakat akan pencemaran dapat diubah di masa akan datang. Menurut beliau, setiap keputusan dan tanggapan yang ingin dihasilkan haruslah disertakan dengan bukti-bukti saintifik dan tidak secara melulu dimana ianya akan mewujudkan lebih banyak ruang kepada permasalahan ini di kalangan masyarakat nanti.

G2P 9591a      G2P 9616a

Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Bin Mohd Sadullah, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Azazi Zakaria dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Taksiah A. Majid.

G2P 9633a

 proftalk NAR 2        proftalk NAR 3

  proftalk NAR 4        proftalk NAR 1

Seluruh Warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Profesor Dr. Nor Azam Ramli

Teks: Siti Faizah Abd halim
Photo : Media PPKA